Pasaran domestik terima Maserati Ghibli dan Ghibli S - Harga bermula RM618,000

oleh Afandi Che Muhamad|
Pengimport juga pengedar rasmi bagi Maserati di Malaysia, Naza Italia kelmarin membawa masuk model premium Ghibli dan Ghibli S baharu khusus untuk pasaran domestik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Baru diperkenalkan tahun lalu, kedua-dua model versi naik taraf itu ditawarkan dalam tiga varian berasingan seperti standard, GranSport dan GranLusso.

Membelek perubahan yang dilakukan terhadap kedua-dua model berkenaan, ia menggayakan rekaan gril yang lebih besar berbanding model sebelumnya.

Pun begitu, terdapat beberapa ciri masih dikekalkan sama seperti model terdahulu antaranya konsep 'sharknose' yang diwarisi daripada model Alfieri, rekaan lampu utama sama cuma dipasangkan dengan lampu LED adaptif baru.

Lampu itu hanya terdapat pada varian GranLusso dan GranSport.

Tidak terhad di situ, kit badan sisi turut dicat dengan warna sama dengan bahagian badan kereta.

Perbezaan ketara antara setiap varian adalah pada bahagian fender hadapan.

Beralih kepada reka bentuk bahagian belakang pula, diffuser model berkenaan kini tampil dengan rekaan lebih menonjol.

Berapa agaknya harga yang ditawarkan bagi kedua-dua model itu ya?

Okay. Untuk makluman, Naza Italia meletakkan tag harga jualan asas serendah RM618,000 (termasuk GST, tanpa insurans, cukai jalan dan nombor pendaftaran) bagi model standard Ghibli sementara Ghibli GranLusso serta GranSport pula bermula daripada RM668,800.

Mendengarkan harga model biasa itu, sudah pasti Ghibli S lebih mahal.

Harus diketahui, harga Ghibli S adalah RM718,800 untuk varian paling asas manakala varian GranSport dan GranLusso dijual sebanyak RM768,800.

Pakej harga kedua-dua model tersebut didatangkan dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan lengkap program servis percuma selama lima tahun/100,000 km/j.

Pakej tersebut termasuk Maserati Premium Service Plus tiga-tahun/60,000km/j.

Kenapa mahal sangat? Mahu tidak mahal.

Bercerita lebih lanjut, model standard berkenaan diberikan perincian khusus terdiri daripada kemasan krom pada bampar hadapan, lencana khas pada bahagian sayap depan, brek kaliper warna perak dan rim aloi 20 inci Urano Diamond.

Menjengah ke ruang kabin, perincian pada bahagian dalam dibalut menggunakan Ermenegildo Zegna Silk dengan gabungan kemasan kayu Ebano.

Kemasan tersebut boleh didapati pada bahagian tempat duduk, panel pintu, garis bumbung dan siling.

Ciri lain yang menarik di bahagian dalam kokpit kedua-dua model mewah itu antara lain ialah stereng diperbuat daripada kayu eboni lengkap balutan kulit dan kerusi jenis boleh laras 12 cara.

Bagi varian GranSport pula, perincian luaran terdiri daripada kemasan hitam berkilat pada bampar depan, lencana khas pada sayap depan, kaliper brek warna merah dan rim aloi 21 inci Titano Anthracite.

Di dalam, ia disediakan dengan kerusi jenis boleh laras 12 cara dengan balutan kulit sepenuhnya, stereng sport dengan paddle shift dan pedal Inox sebagai ciri standard.

Masih dipacu nadi enjin sama bersesaran 3,000cc dengan pengecas turbo berkembar V6, kuasa maksima Ghibli standard dipindahkan ke gandar roda belakang dengan bantuan transmisi automatik lapan kelajuan.

Dikatakan, ia berupaya meledakkan kuasa maksima setinggi 350PS pada 5,500rpm dan puncak tork sekitar 500 Nm pada 4,500rpm.

Kuasa tersebut membolehkan bacaan pecutan dilakukan Ghibli standard dari titik pegun ke 100 kilometer sejam (kmsj) sepantas 5.5 saat dengan kelajuan maksimum mencecah 267 kmj.

Itu baru Ghibli standard, bagaimana dengan Ghibli S?

Kuasa dihamburkan Ghibli S mencecah 430PS pada 5,750rpm manakala puncak tork tertinggi pula pada 580 Nm sekitar 2,250 hingga 4,000 rpm.

Logik jika harganya sebegitu mahal bukan?

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Perlumbaan yang dijadualkan pada Sabtu 13 dan Ahad 14 April itu bakal mengambil tempat di Litar…
Berita Global
Sifat platform yang sangat fleksibel ini membolehkan Stellantis menghasilkan pelbagai jenis model…
Pelancaran
Ia membawakan trenkuasa yang terdiri daripada enjin turbo bersesaran 1,995 cc yang dipadankan…