Pasangan suami isteri lari tinggalkan mayat anak selepas kemalangan

oleh Mohamad Hanif|
Pasangan suami isteri nekad melarikan diri serta meninggalkan mayat anaknya selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Sungai Kelamah-Jelai-Gemas, malam kelmarin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam kejadian kira-kira 11.30 malam itu, pasangan berusia lingkungan 20an dan 30an itu melarikan melarikan diri dengan menaiki sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

Difahamkan kenderaan tersebut milik seorang pengguna jalan raya yang telah berhenti untuk memberikan bantuan awal kepada mangsa yang terlibat kemalangan.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, kemalangan tersebut berlaku ketika pasangan terbabit bersama seorang anak  berusia dua tahun dalam perjalanan dari Felda Jelai ke Felda Bukit Jalor.

Sebaik tiba di lokasi kejadian katanya, suspek lelaki yang memandu kenderaan jenis Proton Iswara Aeroback itu cuba memotong sebuah lori sebelum gagal mengawal kenderaan lalu terbabas ke kanan jalan.

“Kenderaan tersebut telah berpusing beberapa kali sebelum bergesel dengan sebuah lori. Akibat kemalangan tersebut, kedua-dua penumpang kereta telah tercampak keluar.

““Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun telah tercampak di tengah-tengah jalan raya telah digilis oleh sebuah kenderaan yang tidak dapat dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut Anuwal berkata, pasangan terbabit berjaya ditahan di rumah mereka di Felda Bukit Jalor dan pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan yang dipandu lelaki berkenaan telah menemui dadah.

Jelas beliau, pihaknya telah membuka tiga kertas siasatan iaitu di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1985.

Sumber: KOSMO! ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mengikut pertuduhan, tertuduh secara bersama telah menakutkan secara jenayah terhadap Mohd Faizul…
Berita Domestik
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mohammad Fitri Mokhtar di Mahkamah Majistret di sini…
Berita Domestik
Pasangan yang berusia 16 dan 17 tahun itu telah menyerah diri pada jam 10 pagi di Ibu Pejabat Polis…