Pasangan jarak jauh di lima negeri PPN Fasa 2 dibenarkan rentas daerah dan negeri

oleh SALINA JALIL|
Lima negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Perlis telah diumumkan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 5 Julai ini.


Selain itu, pasangan jarak jauh (PJJ) turut dibenarkan untuk rentas daerah dan negeri yang berada dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).


Bagaimanapun, mereka masih perlu mendapatkan kelulusan dari Polis Diraja Malaysia (PDRM).

LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

 

Rentas negeri dan daerah juga dibenarkan bagi individu yang mempunyai kes kecemasan dan vaksinasi juga perlu mendapatkan kelulusan PDRM.

 

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, guru dan pelajar sekolah yang mengikuti kelas peperiksaan juga dibenarkan untuk berbuat demikian.

"Untuk sektor perdagangan pula, beberapa aktiviti dibenarkan beroperasi seperti kedai buku dan alat tulis, kedai cuci kereta serta kedai gunting rambut.

 

"Pasar tani dan pasar pagi juga dibenarkan beroperasi serta jualan hanya terhad kepada enam komoditi utama sahaja," katanya," katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika sidang media bersama Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz semalam.

 

 

Harian Metro.