Pasangan 'hujung minggu' boleh rentas negeri zon merah tetapi...

oleh SALINA JALIL|
Suami atau isteri 'hujung minggu' yang tinggal di zon hijau atau kuning boleh merentas negeri untuk bertemu dengan keluarga mereka yang tinggal di zon merah.


Bagaimanapun, mereka perlu mendapatkan kebenaran polis dahulu sebelum berbuat demikian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata prosedur operasi standard (SOP) yang digunakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebelum ini terpakai dalam tempoh PKPB dilaksanakan ketika ini.

 

"Seperti dahulu, ia dibenarkan tetapi perlu mendapat kebenaran daripada pihak polis terlebih dahulu.

 

"Jadi, sebelum balik, jumpa dengan pihak polis dan maklumkan mengenai tujuan berserta dengan bukti. Insya-Allah, pihak polis akan benarkan," katanya katanya pada sidang media mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

 

Ismail Sabri berkata, banyak SOP PKPB yang tidak diumumkan beliau secara terperinci termasuk mengenai sektor sosial dan ekonomi, namun ia sudah pun ada dan boleh dirujuk di laman web Majlis Keselamatan Negara (MKN).

 

"Semua yang dibenar dan tidak dibenarkan ada terkandung dalam SOP berkenaan, jadi ia boleh dirujuk untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci," katanya.

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tertuduh, Muhammad Firdaus Shariman, 33, dan Siti Salasiah Jumaah, 25 membuat pengakuan bersalah…
Berita Domestik
  Rentas negeri dan daerah juga dibenarkan bagi individu yang mempunyai kes kecemasan dan…
Berita Domestik
  "Atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM), kerajaan bersetuju membenarkan pasangan suami isteri…