“Hasil pemeriksaan terhadap kereta itu polis menemui satu bungkusan plastik berwarna putih dengan logo sebuah syarikat penghantaran barang di atas lantai tempat duduk belakang.
“Apabila dibuka, kita mendapati terdapat tiga ketulan mampat daun kering di dalam bungkusan itu disyaki dadah jenis ganja dengan anggaran berat 470 gram,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan dibantu pasukan JSJN Bukit Aman ke rumah suspek di sekitar Seksyen 7, Shah Alam.
Katanya, di rumah itu polis menahan seorang wanita tempatan berusia 25 tahun dan hasil pemeriksaan turut menjumpai tiga balutan kertas timah yang mengandungi daun kering disyaki ganja dengan anggaran berat 23 gram.
“Polis turut merampas wang tunai berjumlah RM1,600 serta mata wang asing iaitu 360,000 Vietnamese Dong disyaki hasil daripada jualan dadah berkenaan.
“Kedua-dua suspek adalah pasangan kekasih serta tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya.
Baharudin berkata, suspek lelaki ditahan reman selama tujuh hari mulai hari ini sehingga 21 April manakala wanita ditahan reman empat hari mulai hari ini sehingga 18 April bagi siasatan lanjut.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.