Pasang solar kediaman, peluang bawa pulang Tesla Model Y bernilai RM204k!

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat peneraju solar kediaman Verdant Solar kini menawarkan pemberian hadiah berupa sebuah Tesla Model Y untuk rakyat Malaysia yang sedia memasang panel solar di rumah kediaman masing-masing.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pemberian sebuah Tesla Model Y berwarna Midnight Silver Metallic bernilai RM204,000 ini bertujuan untuk meningkatkan lagi penggunaan teknologi PV solar di kalangan rakyat Malaysia.

Sehingga tahun ini (2023), Verdant Solar telah berjaya memasang lebih daripada 18 megawatt puncak (MWP) panel solar, jumlah yang mampu menguasakan 2,000 isi rumah.

Pencapaian mengkagumkan ini turut menyumbang kepada pengurangan sebanyak 15,700 tan karbon dioksida setahun, dan penjimatan kos elektrik melebihi RM12 juta.
 

tesla


Berikut merupakan cara dan syarat penyertaan untuk pengguna baharu:

1. Kunjungi laman web https://verdantsolar.my/eco-dreams-with-verdant-solar/ dan daftar butiran peribadi
2. Tetapkan tarikh temujanji dengan konsultan
3. Buat pembayaran deposit 10 peratus untuk kelayakan penyertaan
4. Peluang untuk menang ditentukan berdasarkan jumlah panel solar yang dipasang

Bagi pengguna sedia ada, sila rujuk cara dan syarat berikut:

1. Rujuk rakan anda yang berminat dengan pemasangan solar kediaman
2. Sekiranya rakan itu mendaftar, anda layak untuk menyertai kempen ini
3. Peluang untuk menang adalah bergantung kepada jumlah rujukan yang dibuat

Kempen pemberian hadiah ini akan berlangsung sehingga 31 Disember 2023, tertakluk kepada terma dan syarat.