Pas bulanan My100, My50 rasmi dilancarkan - akses tanpa had selama 30 hari bermula 31 Disember ini

oleh Mohamad Hanif|
Kerajaan hari ini secara rasminya telah melancarkan penggunaan pas bulanan seperti mana yang telah diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2019.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terdiri daripada dua pas berasingan, iaitu My100 dan My50, kedua-dua pas bulanan tersebut sudah boleh diaktifkan bermula hari ini, dan boleh digunakan tanpa had termasuklah pada hujung minggu. 

Menurut MyRapid, kedua-dua pas bulanan ini hanya boleh digunakan bagi pemegang MyKad dan MyTentera yang mempunyai fungsi Touch 'n Go terbina dalam, dan juga kad konsesi MyRapid bagi pelajar di bawah usia 12 tahun. 

Pas bulanan My100 boleh digunakan tanpa had kepada perkhidmatan LRT, MRT, Monorail, bas RapidKL, bas perantara MRT dan juga perkhidmatan BRT. 

Manakala pas bulanan My50 pula memberikan akses tanpa had hanya kepada penggunaan bas RapidKL sahaja, tidak termasuk BRT. 
 


Pengaktifan pas bulanan My100 dan My50 boleh dilakukan menerusi Rapid KL Customer Service Office di kesemua stesen LRT, MRT, Monorail dan juga BRT, selain daripada hub bas RapidKL di Pasar Seni, Seksyen 2 Shah Alam, Sri Nilam, Greenwood dan Terminal Kajang.

Pas bulanan My100 dan My50 boleh digunakan secara rasmi bermula 31 Disember ini - MyRapid