Parkit - Sistem parkir kereta lebih mudah dan pintar di Sunway Malls

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Aplikasi parkir tempatan, Parkit kini tersedia untuk digunakan di semua pusat beli-belah Sunway Malls bagi memudahkan pemandu untuk mencari parkir terutama semasa waktu puncak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Parkit merupakan satu aplikasi pintar yang membantu pemandu untuk mencari parkir kosong yang tersedia, dimana ia kini tersedia di Sunway Pyramid, Sunway Carnival Mall, Sunway Velocity Mall, Sunway Putra Mall dan Sunway Giza Mall.

Untuk menikmati kemudahan tersebut, anda hanya perlu mengikuti beberapa langkah mudah seperti berikut:

  • Muat turun aplikasi Parkit
  • Pilih mana-mana pusat beli-belah yang tersedia
  • Pilih pas bermusim mengikut pilihan pusat beli-belah

 

2

 

Dengan kadar serendah RM140, anda kini tidak perlu lagi risau tentang parkir di pusat beli-belah pilihan sepanjang tempoh aktif pas tersebut, bergantung kepada terma dan syarat yang berbeza bagi setiap pas bermusim.

Parkit juga memiliki antara muka yang memudahkan untuk mendaftar, mengurus dan menamatkan tempahan tempat di semua lima pusat beli-belah Sunway Malls.

Pembayaran juga adalah tanpa tunai, dengan auto-debit tersedia untuk kedua-dua debit dan kad kredit.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai kerjasama Sunway Malls dan Parkit, anda boleh layari laman web Parkit atau ikuti perkembangan di platform media sosial Sunway Malls.