Parkir tengah jalan, tidur dalam kereta, polis tahan pemandu

oleh SALINA JALIL|
Polis menahan seorang lelaki yang bertindak memberhentikan kereta dipandunya di tengah-tengah jalan, sebelum tidur dalam kenderaan itu di Kampung Kubang Edang, Peringat di Kota Bharu, semalam.


Difahamkan, kejadian itu disedari beberapa penduduk yang mahu ke tempat kerja, namun tidak dapat melalui jalan utama yang dihadang kenderaan jenis Honda Civic dinaiki lelaki terbabit, kira-kira pukul 6.45 pagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Salah seorang penduduk Ariffin Mat, 65, ketika dia bersama beberapa lagi rakan tiba di lokasi kejadian, enjin Honda Civic berwarna merah itu masih hidup dengan lampu yang masih menyala.

 

“Kami menjenguk ke dalam kereta dan mendapati seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an sedang tidur. Saya cuba mengejutkan dia dengan cara mengetuk cermin kereta beberapa kali.

 

“Beberapa minit kemudian, dia tersedar dan mengalihkan kereta itu ke tepi dalam keadaan mamai bagi memberi laluan kepada kenderaan lain,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

 

Ariffin memberitahu, salah seorang penduduk turut menghubungi polis kerana mencurigai tindak-tanduk lelaki terbabit, selain sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak kejadian tidak diingini.

 

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd. Suhaimi Ali ketika dihubungi mengesahkan pihaknya sudah menerima laporan yang dibuat oleh orang awam.

 

Beliau berkata, susulan kejadian pagi tadi, pihaknya telah menahan lelaki tersebut dan merampas kereta dipandunya bagi membantu siasatan.

 

 

-UTUSAN ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, berikutan itu anggota peronda MPV Gerik kemudian melancarkan "Op Kesan" di kawasan…
Berita Domestik
Difahamkan, suami mangsa sedang menjalankan urusan jual beli manakala kedua-dua mangsa berada dalam…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.…