Parkir kenderaan sesuka hati, pemandu di China 'diajar' dengan cara kasar!

oleh Afandi Che Muhamad|
Baru-baru ini, dunia dikejutkan dengan penyebaran gambar sebuah kereta yang dilihat diangkat menggunakan kren berikutan tindakan pemandu memarkir kenderaan di tempat tidak sepatutnya berbuat demikian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Memetik laporan Daily Mail, kejadian tersebut berlaku di Wilayah Hubei, Beijing dekat China pada Rabu.

Melihatkan gambar yang tersebar itu, pemandu berkenaan didapati meletak kereta di dalam sebuah garaj bas.

Tindakan tersebut ternyata mengundang kemarahan sekumpulan pekerja garaj bas terbabit yang kemudian mengambil langkah drastik dengan mengangkat kereta berkenaan menggunakan kren sebelum meletakkannya di atas bumbung garaj itu.

Menurut sumber, kereta berwarna perak itu dikatakan ditinggal di dalam garaj bas berkenaan tanpa mendapat kebenaran daripada pekerja garaj terbabit terlebih dahulu.

Untuk makluman, kes seperti itu bukan pertama kali dilaporkan berlaku di negara itu bahkan sudah beberapa kali terjadi.

Sebelum ini, insiden sama pernah berlaku di Huantong dekat daerah Xishui dan bandar Benxi.

Kasar betul 'permainan' masyarakat di China ini ya.

Nampaknya, masyarakat di negara Tembok Besar tersebut begitu memandang serius perkara berkenaan sebagai satu kesalahan besar. 

Careta yakin 'pengajaran' diberikan cukup untuk membuatkan pemandu terlibat serik dan tidak berani lagi meletak kenderaan mereka sesuka hati di China.

Agak-agak kalau masyarakat di Malaysia mempraktikkan tindakan sebegini, apakah yang bakal terjadi? Adakah situasi lebih buruk akan timbul?

Ya. Sudah pasti.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Memetik laporan akhbar Berita Harian, kejadian dikatakan berlaku akibat masalah brek salah sebuah…
Berita Global
Lotus bukan satu nama yang asing bagi kita rakyat Malaysia. Ia menjadi milik Proton dalam tahun…