Paris mula laksana sistem kamera pantau bunyi bising

oleh Mohamad Hanif|
Mat-mat rempit dan juga kaki kereta kelahiran Perancis nampaknya perlu memilih tempat lain untuk menunjuk-nunjuk sistem ekzos kustom motosikal dan kereta mereka apabila kerajaan tempatan kini sedang merancang untuk membanteras gejala tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Salah sebuah pinggiran bandar Paris sedang mencuba sistem baharu yang mampu mengesan bunyi bising, lokasi kesalahan dilakukan dan secara automatik mampu menghantar saman kepada pemilik kenderaan berkenaan. 

Menurut datuk bandar tersebut, Mayor Didier Gonzalez berkata, sistem radar bunyi bising itu telah pun dipasang pada tiang lampu di tengah-tengah bandar Villeneuve-le-Roi yang berhampiran dengan lapangan terbang Paris Orly. 

Tambah beliau lagi, sejurus selepas kerajaan baharu meluluskan draf undang-undang pelaksanaan sistem tersebut, ia akan diaktifkan serta-merta. 
 

gambar hiasan

Sistem radar bunyi bising ini boleh disambungkan kepada sistem CCTV pasukan polis bagi memudahkan urusan saman dihantar terus kepada pesalah yang melebihi kadar bising yang telah ditetapkan.

Peranti tersebut mempunyai empat buah mikrofon yang akan mengira kadar desibel (dB) sesebuah jalan, selain mampu mengenal pasti lokasi dan arah bunyi yang terhasil. 

Kira-kira 40 buah peranti radar bunyi bising terlibat dalam fasa pengujian dan tiada sebarang saman dikeluarkan setakat ini. 

Perancis sebelum ini telah menguatkuasakan undang-undang yang disebutkan, namun ia mengalami kesukaran kerana terpaksa bergantung kepada pihak polis bagi menangkap pesalah secara individu. 
 

gambar hiasan

Menurut Remy Jourdan, wakil Villeneuve berkata, "kami tidak mempunyai sebarang dendam terhadap pemilik Ferrari atau Harley Davidson, namun kadang kala (segelintir) pemiliknya kerap melampau batas sehingga mengganggu kawasan kejiranan berhampiran. 

Sumber: Autoblog

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan semakan di laman web Toyota FR, hot  hatch cilik itu akan ditawarkan sebanyak 300 unit…
Berita Global
Jumlah subsidi sebenar akan bergantung kepada kadar pelepasan karbon, yang termasuk ketika…
Berita Global
Menurut laporan The Guardian, inisiatif tersebut telah pun diluluskan oleh Ahli Majlis Perbandaran…