Paris haramkan skuter elektrik dari kaki lima

oleh HEZERI SAMSURI|
Paris, ibu negara Perancis memang menjadi idaman setiap pengguna motosikal kerana bandaraya itu mesra kenderaan dua roda.

Namun begitu, kelakuan melampau oleh pengguna-pengguna skuter elektrik berbayar telah membuatkan seluruh bandaraya itu berang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo telah mengumumkan minggu lalu bahawa skuter-skuter elektrik tidak dibenarkan menggunakan kaki lima lagi.

Denda sebanyak Euro 135 (RM636) akan dikenakan jika engkar.

"Ia juga perlu diletakkan di kawasan parkir untuk kenderaan-kenderaan lain," ujar Hidalgo.

Datuk Bandar itu juga mengharamkan penggunaan skuter elektrik di taman-taman mulai bulan hadapan.

 

 

Aplikasi sewaan skuter elektrik itu juga diminta untuk membataskan kelajuan skuter itu kepada 20 kmsj di kawasan bandaraya dan 8 kmsj di kawasan ramai pejalan kaki.

Sejak aplikasi seperti Bolt, Lime, Wind dan Flash muncul tahun lalu menawarkan pengguna menyewa skuter elektrik itu, lebih dari 20,000 kenderaan tersebut muncul di Paris.

Pengguna boleh menyewa dan  "membuka" kunci skuter itu melalui aplikasi telefon pintar (seperti O-bike dahulu).

 

 

Teknologi dan perkhidmatan ini wujud bukan sahaja di Paris, tetapi dari Madrid sehingga ke Los Angeles. 

Walaupun ia dianggap sebagai satu alat pengangkutan yang murah dan mudah kerana penggunanya boleh meninggalkannya di mana-mana sahaja.

Seperti basikal sewa, pengguna di seluruh dunia nampaknya meninggalkan sahaja skuter itu di mana-mana, menjadikan kawasan bandaraya semak dan bersepah.

Berita Berkenaan

Berita Global
Mengikut spesifikasi, Lambretta Elettra 2024 ini datang dengan motor elektrik tunggal berkuasa 15…
Berita Global
Diperlihatkan buat kali pertama pada September yang lalu, Honda Motocompacto merupakan satu tribut…
Pelancaran Motosikal
Ditawarkan pada harga RM5,999 seunit, YADEA E8S Pro ini dibekalkan dengan mnotor elektrik 2.68 hp…