Paramount Group tawar Maatla 4x4 - alternatif Marauder dengan saiz lebih kecil

oleh Mohamad Hanif|
Paramount Group yang terkenal dengan kenderaan berperisai Marauder kini tampil dengan sebuah lagi model baharu yang diposisikan sebagai alternatif dengan saiz yang lebih kecil, iaitu Maatla 4x4.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dipasarkan sebagai sebuah kenderaan berperisai ringan all-terrain, Maatla 4x4 dibangun menggunakan casis kenderaan komersial dan boleh memuatkan sehingga sembilan orang pada satu-satu masa.

Maatla 4x4 menawarkan teknologi Smart Floor yang membolehkan tempat duduk dibuka dengan mudah dan membolehkannya disesuaikan dengan apa jua keperluan, seperti kenderaan pusat kawalan, ambulans, rondaan, misi pengaman serta sokongan kepada ketumbukan tentera.
 

Maatla


Tiada sebarang info berkenaan unit trenkuasa yang digunakan, namun Paramount mendakwa Maatla 4x4 mampu mencapai kelajuan tertinggi 100 km/j, selain jarak gerak sejauh 600 km untuk setangki penuh minyak pada kelajuan malar 80 km/j.

Selain itu, Maatla 4x4 mampu membawa muatan seberat dua tan dan boleh meredah air sedalam 762 mm.

SUV berperisai ini juga turut dilengkapi dengan transfer case dua kelajuan, serta tiga unit differential lock untuk membantu pemanduan di laluan off-road.
 

Maatla


Kesemua SUV Maatla 4x4 hadir dengan penarafan STANAG 4569 Tahap 1 yang membolehkannya bertahan daripada serangan peluru berkaliber kecil, serta perlindungan bawah badan daripada letupan bom tangan M26.

Setakat ini, pihak Paramount masih belum mendedahkan perincian harga jualan  serta ketersediaan model ini, namun menurut Eric Ichikowitz selaku naib presiden kanan Paramount International menjelaskan, Maatla 4x4 ini akan ditawarkan untuk kegunaan peronda sempadan, gendarmerie, pasukan polis, tentera bersejata bukan sahaja di Afrika malah di seluruh dunia.

Baca: Paramount Marauder Mark 2

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat pengeluar kenderaan tersebut, Paramount Group yang berpengkalan di Afrika Selatan kini…