Para juri hadapi kesukaran di Pertandingan lakaran Rukun Negara PLUS

oleh SALINA JALIL|
PLUS Malaysia Bhd (PLUS) telah mengadakan sesi penilaian untuk memilih pemenang-pemenang bagi Pertandingan Lakaran Rukun Negara yang dilancarkan pada Hari Malaysia bertarikh 16 September yang lepas.


Sesi penilaian tersebut telah diadakan di Restoran Jejantas Sungai Buloh. Sebanyak 1,000 lakaran telah diterima oleh pihak PLUS dan para juri telah menyenarai pendek 25 lakaran sahaja untuk ke peringkat akhir.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Barisan juri- juri terdiri daripada Pengarah Sumber Manusia & Korporat Lembaga Lebuhraya Malaysia, Noradibah Ramli, Ketua Seksyen Pameran dan Arkib Pendidikan, Arkib Negara Malaysia, Mohd Nasser Malik, Ketua Kurator Kanan Balai Seni Lukis Negara, Mohamad Majidi Amir, Pengurus Unit Studio PLUS, Najihah Mohd Yasin dan Pengarah Seni VMLY&R, Melody Lee Sook Yin.

 


Menurut Ketua Kurator Kanan Balai Seni Lukis Negara, Mohamad Majidi Amir, “Pertandingan ini dicadangkan untuk diadakan pada setiap tahun bagi menarik lebih ramai peserta. Ianya adalah inisiatif untuk menyuntik semangat patriotism yang tidak hanya pada bulan Ogos dan September sahaja,”. 

 


“Pertandingan Lakaran Rukun Negara ini merupakan salah satu usaha dan inisiatif terbaik yang dilakukan oleh PLUS dalam menyemarakkan semangat cintakan negara dan patriotism di kalangan generasi kini. 

 


Pertandingan ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar sekolah rendah untuk menyampaikan mesej murni mereka kepada masyarakat dan negara. 

 

 

juri

 


Pelajar dapat memperlihatkan bakat mereka dalam menghasilkan kreativiti melalui lakaran rukun negara” kata Ketua Seksyen Pameran dan Arkib Pendidikan, Arkib Negara Malaysia, Hj Mohd Nasser Malik.

 


Kelima-lima juri menghadapi masa yang sukar dalam memilih lakaran terbaik, kerana setiap kreativiti peserta, ketepatan tema, teknik, gabungan warna dan penggunaan ruang menarik yang dipamerkan dalam lakaran peserta adalah sangat menarik.

 


Penilaian lakaran merangkumi 60% pemarkahan manakala 40% markah diperolehi melalui undian orang ramai di laman Facebook rasmi PLUS, yang masih lagi berjalan sehingga 14 Oktober. 

 


Keputusan pemenang akan diumumkan 16 Oktober ini ketika majlis penyampaian hadiah yang akan diadakan di Restoran Jejantas Sungai Buloh.