Papua New Guinea jual kembali kereta APEC 2018 tapi tak laku

oleh Mohamad Hanif|
Satu armada yang terdiri daripada 40 buah sedan mewah Maserati Quatroporte yang dibeli oleh kerajaan Papua New Guinea kini ditawarkan pada harga diskaun.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kenderaan mewah tersebut dibeli pada tahun 2018 bagi membawa orang kenamaan yang menghadiri sidang Asia Pacific Economic Corporation (APEC), dan setiap satu dikatakan bernilai K500,000 (RM593,561).

Jumlah keseluruhan pembelian adalah bernilai K20 juta (RM23.74 juta).

Menurut laporan daripada BBC, Papua New Guinea merupakan antara negara yang termiskin di dalam APEC, dengan 40 peratus daripada jumlah populasi memiliki pendapatan kurang $1 (RM4.18) sehari berdasarkan data UN.

Pemilihan Maserati sebagai kenderaan rasmi APEC juga turut menimbulkan persoalan, dimana tiada satu pun wakil pengedar sah jenama Maserati di Papua New Guinea.

Laporan daripada The Guardian pula mendapati kesemua unit Maserati itu dibeli daripada sebuah pengedar di Sri Lanka, dan diterbangkan ke Papua New Guinea menggunakan kapal terbang jumbo.
 

PNG


Selain daripada 40 unit Maserati, terdapat juga tiga unit Bentley Flying Spur turut dibeli!

Meskipun pada mulanya Menteri PNG mendakwa kesemua kenderaan tersebut laris terjual, namun setelah tiga tahun hanya dua unit sahaja yang berjaya menemui pemilik baharu.

Hal ini diakui sendiri oleh menteri kewangan John Pundari, di mana beliau menjelaskan, "kami telah membuat kesilapan besar. Jika tiada satu pun pengedar di PNG, tiada sebab untuk rakyat membeli kereta Maserati.

Sebagai makluman, kesemua kereta tersebut ditawarkan kepada umum pada harga diskaun K400,000 (RM474,849).

Lebih menyedihkan apabila 300 kenderaan tambahan yang diimport seperti Toyota Land Cruiser, Ford, Mazda dan Mitsubishi Pajero turut dilaporkan 'hilang'.

Sumber: BBC, The Guardian