Paparan Head-Up realiti yang dipertingkat, Harman Ready Vision debut di acara CES

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Pada acara CES yang berlangsung Las Vegas, ia turut menampilkan beberapa syarikat teknologi yang membawakan ciptaan masing-masing untuk dipamerkan. Antaranya salah satu anak syarikat teknologi Samsung, Harman yang menampilkan beberapa produk mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Salah satu produk menarik perhatian ialah Harman Ready Vision dengan teknologi paparan Head-Up realiti yang telah dipertingkatkan bersama beberapa ciri baharu.

Harman Ready Vision berfungsi sebagai alternatif kepada lambakan skrin yang hadir dalam kenderaan moden, dimana ia memiliki Head-Up berwarna yang besar dengan beberapa paparan tradisional dan rekaan tanpa bucu.

 

2

 

Teknologi itu didatangkan bersama perisian realiti yang hanya memberi pemandu maklumat penting sahaja semasa memandu dalam bentuk mudah dibaca dan difahami, sekaligus menghilangkan gangguan semasa pemanduan.

Selain Harman Ready Vision, Harman Ready Care juga ditampilkan pada acara tersebut, ianya berfungsi untuk mengkaji tahap fokus dan perhatian pemandu di atas jalan.

Menggunakan bantuan AI, sistem tersebut akan membandingkan kelakuan pemandu terhadap fokus dan gangguan di atas jalan, seterusnya memberikan peringatan kepada pemandu untuk mengurangkan risiko berlaku situasi bahaya.

 

3

 

Apa yang menariknya, sistem itu didatangkan dengan sensor yang mengukur vital pemandu untuk menentukan keadaan mereka semasa memandu.

Syarikat Harman berkata semua ciri baharu itu boleh berfungsi secara bebas atau disepadukan ke dalam persekitaran yang sama untuk menyediakan keselamatan dipertingkatkan.

Setiap inovasi yang dihasilkan telah direka bagi memenuhi piawaian industri automotif dan sedia untuk dipasang ke dalam semua jenis kenderaan termasuk EV.

 

Sumber: motor1.com