Papan tanda SUKE ikut piawaian LLM, papan tanda tambahan akan dipasang selepas kelulusan

oleh Penyumbang Rencana|
Kumpulan Syarikat Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) menerusi anak syarikatnya, Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd telah mengeluarkan kenyataan pada hari ini (Rabu) bahawa papan tanda yang dipasang di sepanjang Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang baharu beroperasi disahkan mengikut piawaian ditetapkan dan mendapat kelulusan daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).


Baru-baru ini terdapat beberapa pengguna lebuh raya tersebut telah meluahkan rasa tidak puas hati apabila mereka mendapati ada papan tanda susur keluar di atas lebuh raya itu terlalu kecil berbanding papan tanda yang ada di bawahnya.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Papan tanda tersebut dipasang pada gantri yang terletak di setiap 250 meter sebelum persimpangan bercabang sepertimana yang telah dicadang oleh LLM.

 

Menurut Prolintas, sebagai inisiatif yang diambil pihak perunding dilantik dan syarikat, satu lagi papan tanda tambahan turut dipasang di tengah-tengah cabang simpang di atas papan tanda arah.

 

“Oleh sebab kekangan kawasan, saiz papan tanda tambahan yang digunakan adalah lebih kecil berbanding papan tanda sedia ada.

 

“Walaubagaimanapun, susulan maklum balas dan pandangan orang ramai di media sosial yang tular baru-baru ini, pihak syarikat memutuskan untuk mencabut papan tanda tambahan itu dengan serta- merta agar tidak mengelirukan pengguna lebuh raya berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini (Rabu).

 

Kenyataan tersebut turut memaklumkan bahawa bahagian operasi Lebuhraya SUKE akan terus menambah baik perkhidmatan disediakan dan kini sedang mereka bentuk papan tanda tambahan baharu yang lebih praktikal yang dijangka siap dalam masa terdekat tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa.

 

Prolintas menegaskan bahawa struktur binaan Lebuh Raya Suke adalah selamat dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan serta menerima kelulusan yang sewajarnya seperti yang tertakluk dalam Perjanjian Konsesi (CA).

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Persimpangan yang dibina secara bertingkat sepanjang 1.5 kilometer itu bakal menyediakan akses…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata suspek merupakan…
Berita Domestik
Bayaran tol yang dikenakan untuk setiap plaza tol Ampang dan Bukit Teratai adalah seperti berikut: