Papan iklan digital di Lebuhraya Persekutuan terbakar

oleh Penyumbang Rencana|
Sebuah papan iklan digital di tepi Lebuhraya Persekutuan di Petaling Jaya, dilaporkan terbakar dipercayai berlaku pada 1.25 tengah hari pada Jumaat.

Video kebakaran itu tular di media sosial yang memperlihatkan asap tebal keluar dari papan iklan tersebut.

Selain itu, beberapa pemilik akaun media sosial mendakwa terdapat individu dikatakan pekerja yang melakukan kerja penyelenggaraan berada di bahagian atas papan tanda itu semasa kebakaran berlaku.

Berdasarkan video yang tular, individu terlibat dilihat menuruni papan iklan itu selain bomba sudah berada di lokasi kejadian untuk operasi memadamkan api.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
Toyota Supra bersaiz sebenar itu sebelum ini dipasang sebagai papan iklan dan menjadi mercu tanda…
Berita Global
Operasi sistem ini cukup mudah, sistem kamera akan mengesan dan mengimbas mana-mana iklan yang…