Panigale berkilauan hasil kerja Ortolani Customs

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Ducati Panigale1199 S yang berkilau mewah berseni ini merupakan penzahiran bayangan konsep pereka automotif iaitu holographic hammer. Tanpa meniru bulat bulat sepenuhnya reka bentuk asal yang difikirkan holographic hammer, pasukan kustom Ortolani memutuskan untuk mengubahsuai jentera Ducati ini kepada sebuah jentera lumba bersalutkan aloi. ducati-1199-polished-panigale-4 Pasukan kustom dari Perancis itu menggunakan teknik pembentukan logam tradisional sepertu mengetuk, menggulung dan melentur aluminium dengan alatan kayu untuk membentuk salutan fairing baharu. Tangki bahanapi berkilat menempatkan kotak udara, pam bahan api, dan menyembunyikan peralatan elektronik. ducati-1199-polished-panigale-6 ducati-1199-polished-panigale-2 Belakang motosikal ini direka bagai ekor tebuan yang memaparkan lampu brek bersepadu, dan kulit pelana coklat lembut direka bentuk oleh pereka NMB Designs. ducati-1199-polished-panigale-8 ducati-1199-polished-panigale-4 Ortolani turut meningkatkan prestasi secara menyeluruh dari enjin superquadro L-kembar ini dengan menggabungkan set piston yang lebih besar dengan sistem ekzos Akrapovic bagi meningkatkan prestasi daripada 195 kuasa kuda kepada 210 hp. Brek brembo spesifikasi perlumbaan cakera 330 mm karbon seramik mengurangkan beberapa kg berat apalagi dengan penggantian roda asal dengan rim perlumbaan OZ yang disalut set tayar Michelin. ducati-1199-polished-panigale-7 ducati-1199-polished-panigale-5 ducati-1199-polished-panigale-3 ducati-1199-polished-panigale-2 Menarik? Barangkali konsepnya boleh disepadankan pada motosikal anda...? Hantarkan gambarnya pada kami! Semua imej adalah hakcipta © Ortolani Customs