Panglima TLDM - Keadaan di Laut China Selatan terkawal, tiada unsur agresif terhadap Malaysia

oleh Penyumbang Rencana|
foto IG TLDM
Keadaan di Laut China Selatan selamat dan terkawal meskipun terdapat beberapa konflik berlaku di sekitar kawasan perairan tersebut, kata Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain.

Beliau berkata setakat ini tiada situasi tegang atau agresif tercetus antara TLDM dengan pasukan keselamatan negara lain termasuk kapal Pengawal Pantai China (CSG) yang dikesan berada di sekitar Laut China Selatan.

"Buat masa ini, memang betul terdapat kapal CSG di sana tetapi mereka tidak bertindak secara agresif dengan kita...bila kapal kita berjumpa dengan mereka, reaksi mereka baik dan tiada tindakan agresif," katanya.

Kapal CSG yang dikesan berada atau melalui perairan Laut China Selatan adalah kapal dengan keberatan 5,000 tan dan mempunyai keupayaan berada di laut selama 45 hingga 50 hari secara konsisten.

Beliau berkata Malaysia bersama negara lain sentiasa berwaspada terhadap kehadiran kapal pengawal pantai asing di kawasan perairan berkenaan.

Terdahulu, Kementerian Pertahanan dilaporkan berkata TLDM sentiasa memantau enam kawasan maritim Malaysia merangkumi Selat Melaka, Laut China Selatan, Laut Sulawesi dan Laut Sulu untuk mengesan kapal mencurigakan dan kapal perang negara lain.

Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
Video berdurasi 12 minit itu menggambarkan kononnya berlaku "standoff” antara pasukan tentera laut…
Berita Global
Video yang dikeluarkan oleh Manila menunjukkan sebuah kapal Pengawal Pantai China (CCG) dan sebuah…
Berita Global
China mengerahkan pengawal pantai dan bot lain untuk meronda perairan dan telah mengubah beberapa…