Pangkalan data JPJ tidak berguna dalam insiden recall?

oleh HEZERI SAMSURI|
Kematian seorang pelajar universiti akibat beg udara Takata di dalam kenderaan Honda tempohari mendapat liputan meluas kerana Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook telah melawat rumah keluarga mendiang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Siew Fook juga telah mengisytiharkan kesemua kenderaan yang masih tidak menukar beg udara Takata mereka yang rosak itu tidak dibenarkan diperbaharui cukai jalan mereka.

Careta secara jujur menyokong tindakan Menteri tersebut kerana ia adalah melibatkan nyawa rakyat.

Namun begitu, kes ini membuka mata kita semua terhadap dua isu:

JPJ tidak ada hak untuk menghalang pemilik kenderaan dari memperbaharui cukai jalan.

  • Ini berdasarkan kes dalam tahun 2009 di mana Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kenderaan miliknya. 
  • Kes ini berakhir dengan Mahkamah Tinggi Kuching bersetuju JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Ia bewrtentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. 
  • JPJ Sarawak juga diarah untuk membayar gantirugi kepada mangsa.
  • Mungkin pihak Menteri perlu mengkaji semula undang-undang Pengangkutan yang nyata telah lapuk. 
  • Siew Fook juga boleh memastikan undang-undang pengangkutan digubal mengikut peredaran masa dan teknologi.

JPJ tidak begitu endah alamat terkini pemilik

  • Honda Malaysia dikatakan sudah menghantar surat amaran penukaran beg udara Takata sebanyak 28 kali kepada alamat pemilik Honda City yang terbabit di dalam peristiwa maut itu.
  • Namun begitu, City itu sudah ditukar milik dan mendiang ialah pemilik terkini kenderaan itu. 
  • Pangkalan data JPJ hanya mempunyai alamat lama pemilik asal City itu.
  • Ini membuktikan keluhan dan rintihan ramai pemain industri yang kesal dengan pangkalan data JPJ seperti tidak boleh digunakan.
  • Sekiranya ada panggil semula atau recall, ternyata JPJ tidak mampu menangani masalah ini.
  • Pangkalan data JPJ diberitakan dikawal selia oleh sebuah syarikat swasta. 
  • Mungkin pihak Kementerian Pengangkutan boleh turun dan menyiasat kenapa sistem pangkalan data yang nilainya jutaan RM itu tidak boleh digunakan secara menyeluruh.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, tindakan tiga lelaki berusia antara 52 hingga 54 tahun itu terbongkar melalui…
Berita Domestik
Menurutnya, rata-rata mereka tinggal di sekitar Balok dalam tempoh empat bulan hingga 18 tahun dan…
Berita Domestik
Pemandu bas berusia 51 tahun itu dalam aduannya mendakwa dia diarahkan memberhentikan basnya di…