Panggil balik penggantian beg udara Takata - 3,725 pemilik Chevrolet, SAAB di Malaysia sila ambil PERHATIAN!

oleh SALINA JALIL|
Chevrolet kini melancarkan kempen panggil balik melibatkan 3,725 unit kenderaan Chevrolet dan SAAB di Malaysia bagi menggantikan inflator beg udara pemandu Takata.


Syarikat automotif itu berkata model yang terlibat ialah Chevrolet Cruze (model 2010-2015), Chevrolet Orlando (2013-2015), Chevrolet Sonic (2013-2014), Chevrolet TRAX (2017) dan SAAB 9-3 (2007).

 

"Inflator beg udara pemandu ini mengandungi tablet bahan rejang PSAN (Ammonium Nitrat Fasa Distabilkan) yang tidak kering, yang mungkin mengalami perubahan selepas terdedah kepada suhu tinggi kitaran suhu siang dalam persekitaran kelembapan tinggi.

 

"Inflator mungkin pecah jika penjanaan gas melebihi keupayaan inflator untuk mengeluarkan gas," menurutnya dalam kenyataan pada Rabu.

 

Memandangkan Chevrolet tidak mempunyai pejabat di Malaysia pada masa ini, syarikat itu telah melantik dua rakan kongsi tempatan untuk menjalankan kempen tersebut.

 

Pembaikan panggil balik yang bermula hari ini dan secara percuma itu akan dikendalikan oleh pengedar sah Honda terpilih.

 

Model yang terlibat ialah Chevrolet Cruze (model 2010-2015), Chevrolet Orlando (2013-2015), Chevrolet Sonic (2013-2014), Chevrolet TRAX (2017) dan SAAB 9-3 (2007).

 

Sementara itu, Saphan9 Engagement, syarikat perunding komunikasi dan kandungan, telah dilantik untuk mengendalikan pengumuman, capaian pelanggan, aset digital, maklumat dan pengurusan data.

 

Pemilik yang terjejas digalakkan melayari laman mikro panggil balik Chevrolet di www.chevrolettakatarecallmy.com di mana mereka akan dibimbing mengenai langkah-langkah untuk pembaikan panggil balik beg udara itu.

 

Pemilik kenderaan juga boleh menghubungi +6011 3129 9963 atau +6011 3129 9965.

 

 

-- BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antara model  yang terlibat termasuklah Chevrolet Cruze (2010-2015), Chevrolet Orlando (2013-2015…
Berita Global
Dengan menggunakan pengalaman selama 25 tahun daripada kenderaan Tahoe PPV yang diperkenalkan sejak…
Berita Global
Versi prestasi tinggi Corvette Z06 baharu sahaja dilancarkan di Amerika Syarikat baru-baru ini…