Panel plastik dalam kabin kereta jadi pembesar suara

oleh HEZERI SAMSURI|

Antara perkara yang kenderaan premium akan ada ialah jumlah pembesar suara atau speaker yang banyak.

Contohnya, Mercedes-Benz S-Class model terkini boleh mempunyai sebanyak 24 pembesar suara di dalam ruang kabinnya.

Menurut pembekal komponen termasyhur Jerman, Continental, jumlah pembesar suara yang banyak itu hanya akan memakan ruang dan menambahkan berat kenderaan.

Oleh itu, Continental mahu menggunakan panel-panel yang ada di dalam kabin kereta itu sebagai pembesar suara dalam sitem terbaharu mereka, “Ac2ated Sound”.

 

Continental speaker

 

Tiang A di dalam kenderaan sesuai digunakan untuk menghasilkan audio berfrekuensi tinggi (treble) dan panel pintu pula ialah untuk frekeunsi sederhana.

Siling kabin dan juga para di belakang kerusi belakang boleh digunakan sebagai membran gegar seperti sebuah pembesar suara normal.

Ini akan memberikan bunyi yang hebat kerana panel-panel itu berada di sekeliling penumpang.

Continental masih belum menunjukan sistem ini kepada media atau orang awam dan kerana itu, soalan-soalan seperti apa kan jadi sekiranya saya menyentuh siling kereta yang juga akan menjadi pembesar suara.

Hmmm .. menarik dan tak sabar untuk melihat konsep ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sempena ulang tahun ke-150, Continental ada sesuatu yang istimewa untuk anda dan penghargaan…
Informasi
    Dianggarkan satu bilion pengguna mempercayai jenama Continental setiap hari! Continental…
Berita Global
Bateri yang dinamakan V4Drive ini menggunakan teknologi sel lithium-ion dengan kebolehan caj pantas…