Pandu Vios lawan arus sejauh 30km lari sekatan jalan raya

oleh Penyumbang Rencana|
foto Sinar Harian
Seorang lelaki melarikan diri dari sekatan jalan raya (SJR) dengan memandu lawan arus sejauh kira-kira 30 kilometer (km) semasa pemeriksaan di Jalan Persiaran Indah di Iskandar Puteri pada malam Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintenden Mohd Azlan Abdul Kadir berkata, pemandunya merupakan lelaki tempatan berusia 24 tahun memandu kereta jenis Toyota Vios warna putih.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2
Jaecoo J7 PHEV Launch MREC Banner Campaign March 2025

Menurutnya, pada mulanya lelaki tersebut ditahan dalam SJR yang diadakan dari jam 12 tengah malam Jumaat hingga 4 pagi Sabtu sebelum melarikan diri.

"Pihak polis mengejar kereta berkenaan dan lelaki tersebut terus memecut keretanya dengan kelajuan 120 hingga 130km per jam dalam usaha meloloskan diri.

"Suspek bertindak agresif bukan sahaja memandu melawan arus tetapi juga mengabaikan isyarat lalu lintas dan memandu pada kelajuan tinggi hingga membahayakan pengguna jalan raya lain semata-mata mengelak ditahan polis," katanya.

Beliau berkata, polis yang mengejar Toyota Vios berkenaan kemudian dibantu dua kereta peronda polis (MPV) lain sebelum berjaya diberkas di Jalan Tristan, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Kulai.

"Suspek ditahan bawah seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya serta Seksyen 186 kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam," katanya.

Tambah beliau, semakan rekod mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau iaitu kes bawah Seksyen 45A(1) APJ 1987 dan ujian saringan kencing mendapatinya negatif.

Mengenai SJR tersebut, beliau berkata, anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Iskandar Puteri terlibat dengan seramai 20 individu dan 15 kenderaan diperiksa.

"Sebanyak 11 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik. Dua lelaki tempatan berumur 35 dan 40 tahun ditahan atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol," katanya.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Suspek enggan berhenti untuk pemeriksaan sebelum bertindak memecut laju kenderaannya serta…
Berita Domestik
Dia diperintahkan menjalani hukuman penjara tujuh bulan, sekiranya gagal membayar denda berkenaan…
Berita Domestik
Operasi yang dikendalikan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) ibu pejabat polis Hulu…