Pandu Uji Ringkas: Proton Iriz dan Persona 2019

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pada fasa kedua sesi pengenalan model facelift Iriz dan Persona 2019, pihak media turut diberikan peluang untuk mencuba sendiri pengalaman pemanduan di dalam litar ujian Proton Center of Excellence ini. 

Walaupun ia bukanlah ujian yang menggambarkan penggunaan di dunia sebenar secara 100%, sekurang-kurangnya kami merasai sendiri apakah perubahan yang dibawakan oleh kedua-dua buah model kembar. 

Berikut merupakan sedikit input yang boleh dijadikan pedoman kepada para pembeli berpotensi:
 

Ujian pemanduan berkelajuan tinggi.


Mengambil kira segala aduan dan respons yang diberikan oleh orang ramai, Proton telah menambah baik segala aspek yang menyumbang kepada keselesaan pemanduan. 

Dengan 327 poin penambahbaikan bagi Iriz dan 303 untuk Persona, kami boleh merasakan bahawa kadar kesenyapan kabin juga sudah pun meningkat.

Lebih-lebih lagi bunyi bising CVT tranmsisi Punch yang sinonim itu sudah pun berkurangan menerobosi ruang kabin. 
 


Menurut Proton, talaan dibuat kepada transmisi tersebut supaya ia lebih senyap dan responsif pada kedua-dua Iriz dan Persona. 

Jika dahulu talaan Iriz lebih ketat dan sporty, kini feeling pemanduan Persona juga turut kian menghampiri apa yang ditawarkan oleh kembar hatchbacknya itu. 

Apa yang tidak boleh dielakkan, bunyi bising angin dan tayar ketika pemanduan melebihi had laju, namun ia tidaklah begitu mengganggu penumpang di dalam kabin. 


Ujian pengendalian slalom dan penukaran laluan secara tiba-tiba


Untuk Iriz, pihak Proton memberikan sebuah laluan berbentuk ujian slalom bagi menguji kestabilan hatchback tersebut serta ciri keselamatan terbina. 

Manakala bagi sedan Persona pula, laluan yang lebih panjang diberikan sebelum ia diakhiri dengan halangan penukaran laluan secara tiba-tiba. 

Di sini, kecekapan ciri keselamatan seperti Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) diperlihatkan bagi menunjukkan kepada umum betapa pentingnya sebuah kereta moden yang lebih selamat. 
 


Ini merupakan antara Unique Selling Point (USP) yang masih boleh dibanggakan oleh Proton - kawalan pengendaliannya yang cemerlang serta penawaran sistem keselamatan yang mencukupi untuk segmen kereta keluarga mampu milik di Malaysia.

Untuk versi facelift 2019, Proton telah memberikan lebih daripada itu - tawaran imej yang lebih sporty supaya ia lebih kekal malar segar dan relevan kepada para pengguna di Malaysia. 
 


Bagi penulis, Proton Iriz 2019 dan Proton Persona 2019 walaupun golongan sasarannya tidaklah begitu meluas - seluas pesaing terdekatnya - namun sekurang-kurangnya kedua-dua model kembar ini mengisi kekosongan pasaran kecil yang ditinggalkan oleh para pesaingnya. 
 

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Siapa yang tidak kenal dengan SUV Honda CRV yang merupakan SUV terbesar dalam kalangan keluarga SUV…
Telah Diuji
Varian tertinggi terbaharu ini merupakan gabungan trenkuasa hibrid antara petrol dan motor elektrik…
Telah Diuji
Selain daripada jenama automotif Jepun, mereka yang mahukan kelainan boleh mendapatkan SUV jenama…