Pandu Uji Ringkas: Outlander, SUV 7-tempat duduk dari Mitsubishi

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Antara soalan lazim yang diterima oleh kami ialah berkenaan genre SUV 7-tempat duduk. Pastinya, ia datang dari ibubapa yang perlukan sebuah kenderaan besar untuk keluarga, tapi mahukan sesuatu yang lebih stylo dan ranggi dari sebuah MPV yang kelihatan terlalu “mak-bapak”. Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) baharu sahaja melancarkan model Outlander, sebuah SUV dengan 7-tempat duduk. Media dibawa ke Port Dickson dan Johor Bahru untuk memandu uji keupayaan Outlander ini. Baca laporan kami di bawah dan fikirkan samada ia sesuai untuk keluarga anda atau pun tidak.
  • Outlander ini bukan satu nama baharu. Ia berasal dari model Airtrek yang popular satu ketika dahulu dan kini dari model sporti, ia menjadi lebih matang.
  • Outlander ialah sebuah SUV yang sekelas dengan Honda CR-V, Nissan X-Trail, Mazda CX-5, Kia Sportage, Hyundai Tucson dan Mitsubishi ASX sendiri atau dikenali sebagai Outlander Sport di pasaran Amerika. Outlander ialah mid-size SUV.
  • Berbanding dengan Nissan X-Trail, Mitsubishi memberi lebih ruang kepada tempat duduk barisan ketiga. Kerana itu, ia adalah sebuah kenderaan 7-tempat duduk yang sempurna. X-Trail lebih kepada 5+2, bermakna barisan ketiga hanya sesuai untuk kanak-kanak dan mereka yang berbadan kecil, sangat kecil.
  • Tidak seperti CR-V atau X-Trail mahupun CX-5, Mitsubishi hanya memberikan satu varian kepada Outlander ini - enjin 2.4 liter MIVEC dengan kuasa kuda 165 hp dan daya kilas 222 Nm. Di bawah ialah perbandingan dengan beberapa seteru utamanya:
    • Mitsubishi Outlander 2.4L:    165 hp dan 222 Nm
    • Nissan X-Trail 2.5L:                169 hp dan 233 Nm
    • Honda CR-V 2.4L:                    189 hp dan 222 Nm
[gallery columns="2" size="large" ids="7390,7391,7392,7393"]
  • Ujian dalaman Mitsubishi memberikan penggunaan minyak serendah 12.8km untuk setiap liter.
  • Pilihan transmisi hanya dari jenis CVT automatik dengan sistem pacuan 4-roda Multi-Select 4WD dengan tiga mod:
    • 4WD Eco - Pacuan lebih kepada roda depan untuk penjimatan minyak, dan pacuan akan disalurkan ke roda belakang bila perlu sahaja
    • 4WD Auto - Penghantaran ke semua roda dalam nisbah yang perlu untuk memastikan pemanduan yang lancar ketika dipandu laju
    • 4WD Lock - Kuasa dihantar kesemua roda dengan sekata untuk tujuan mendaki cerun, jalan berselut atau permukaan kasar
  [gallery columns="2" size="large" ids="7394,7395"]
  • Ruang but luas dan boleh memuatkan 4 beg golf atau sebuah tilam bujang (1,608 liter) bila kerusi barisan ketiga dibaringkan atau barisan kedua turut dibaringkan.
  • Ada tiga warna pilihan - Merah Metalik, Putih Pearl dan Kelabu Metalik
  • Ia diimport dari Jepun
  • Spesifikasi standard termasuk:
    • Lampu depan automatik jenis LED dengan lampu DRL
    • Roda aloi 18-inci
    • Pintu but elektrik dengan fungsi anti tersepit
    • Sunroof
    • Push start dan keyless entry
    • Pendingin hawa dua zon
    • Tempat duduk kulit
    • Sistem audio dengan skrin sentuh siap dengan peranti Bluetooth, iPod dan USB
    • Kamera undur
    • Cermin dipasang dengan lapisan tint jenis Konica Minolta untuk perlindungan haba dan keselamatan.
    • Pengelap cermin depan (wiper) dengan sensor hujan
    • Tujuh beg udara
    • Sistem keselamatan elektronik seperti Active Stability and Traction Control (ASTC), Hill Start Assist (HSA), Anti-lock Braking System (ABS), Electronic Brake-Force
    • Distribution (EBD), Brake Assist, kerangka Reinforced Impact Safety Evolution (RISE) dan turus stereng boleh lipat (collapsible steering column)
  • Pemanduan Careta dilakukan di jalan persekutuan dan di atas lebuhraya
  • Outlander rasa lebih sesuai di jalanraya berliku di jalan-jalan persekutuan kerana ia seronok di bawa melalui selekoh-selekoh
  • Di atas lebuhraya, ia sedikit bergoyang pada halaju tinggi dan mudah terkena efek angin lintang
  • Pendingin hawa hanya mempunyai corong (aircon vent) pada papan pemuka sahaja. Udara sejuk lambat sedikit untuk sampai ke barisan kedua, apalagi barisan ketiga.
[gallery columns="2" size="large" ids="7396,7397"]
  • Tinted pada cermin itu masih tidak cukup kuat untuk menahan haba. Boleh digelapkan untuk cermin belakang dan sisi, sesuai dengan undang-undang baharu JPJ
  • Mutu plastik digunakan biasa-biasa sahaja. Reka bentuk papan pemuka tidak se-ranggi ASX.
  • Mutu audio sangat baik; penulis teruja mendengar kualiti audio yang dihasilkan
  • Outlander ini boleh tahan high-tech - banyak gadget modern walaupun kabin secara keseluruhan biasa sahaja
  • Penggunaan minyak lebih kepada 9 ke 10 km setiap liter, tetapi penulis memang memandu laju
  • Sistem 4WD yang diberikan tidak boleh disamakan dengan sistem lower transfer case pada kenderaan 4X4 sejati. Outlander ini lebih sesuai tinggal di bandar.
  • Sistem stereng elektrik (EPS) terasa sedikit ringan dan sifat centering (balik ke posisi tegak) yang sangat “fake” atau palsu
  • Enjin terasa sangat segar dan berkuasa; terasa lebih tegar dari enjin X-Trail (mungkin kerana transmisi INVECS III yang lebih telus) tetapi ia tidak  selincah CR-V
  • Tempat duduk barisan kedua hanya boleh dibaringkan sedikit dan boleh dilaras ke hadapan atau ke belakang
  • Tempat duduk barisan ketiga muat untuk dewasa
  • But lebih besar dari X-Trail, tetapi tayar simpanan terletak di luar di bawah but (X-Trail tersimpan di dalam). Maknanya, tayar simpanan memang akan kotor dan bila diperlukan, mungkin kita menyumpah untuk 3 minit setengah. Waktu lain, kita langsung tak pernah teringat akan tayar simpanan itu.
  • Secara keseluruhan, ia selesa untuk keluarga cuma bila barisan ketiga digunakan, ruang barang sangat kecil. Ia juga mudah dan simple, menyebabkan penjagaan tidak rumit atau mahal. Jika anda ada keluarga dengan dua atau tiga anak bersama pembantu rumah, Outlander ini boleh difiki-fikirkan.
  • Harga atas jalan untuk Outlander ini ialah RM166,720 (Semenanjung Malaysia) dan RM168,488.40 (Sabah Sarawak) dengan pakej waranti 5-tahun atau 100,000 km, mana yang lebih dahulu.
  • MMM mensasarkan jualan sebanyak 100 unit sebulan dan telah menerima 200 tempatan selepas sesi preview media dahulu
*Gambar oleh Mitsubishi Motors Malaysia [gallery size="large" ids="7398,7399,7400,7401,7431,7404,7406,7418,7419,7421,7425,7408,7410,7407,7417,7412,7413,7414,7403,7405,7423,7416,7427,7426,7430,7409,7433,7402,7428,7429,7432,7434,7435,7422,7420,7415"]