Pandu Uji Ringkas: Dari 3 ke 4 Silinder – S70 Akhirnya Rasa Lengkap

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Litar Sepang ni tempat paling jujur untuk uji sebuah kereta, dan bila Proton perkenalkan S70 MC1 dengan enjin baharu 1.5L i-GT empat silinder turbo, soalan paling besar bukan pasal angka semata-mata, tetapi tentang karakter sebenar bila dipandu.

Baru-baru ini Proton dah umumkan harga Proton S70 MC1 dengan rebat pelancaran sehingga RM5,000 untuk 2,000 pembeli pertama, varian paling asas Executive ditawarkan sekitar RM68,800, diikuti Premium RM74,800, Flagship RM84,800, dan Flagship X pada sekitar RM89,800.

Soalan utama bila tiba di litar Sepang ni bukan lagi “boleh tak?” tetapi “sejauh mana perubahan itu betul-betul kena?”.

 

2

 

Seawal enjin dihidupkan, beza paling ketara ialah bunyi dan getaran enjin, unit baharu ini menggunakan timing chain jenis toothed dan hasilnya bukan sekadar angka negatif tak timbul lagi, bunyi mekanikal lebih halus, kurang kasar, dan getaran yang dulu sinonim dengan enjin 3-silinder hampir hilang sepenuhnya.

Di pit lane pun sudah terasa lebih senyap, dan bila RPM diperah tinggi di main straight, bunyi enjin tak lagi kedengaran seperti dipaksa bekerja keras.

Masuk bahagian teknikal litar, terutama keluar selekoh perlahan, respons pada RPM rendah terasa jauh lebih smooth, throttle modulation lebih mudah dikawal, tiada lagi rasa tayar spin bila boost turbo mula masuk.

 

3

 

Untuk pemanduan harian, ini bermaksud lebih selesa dan kurang jerky, tetapi di atas track ia beri keyakinan tinggi kerana kuasa mudah dijangka setiap kali pedal minyak ditekan.

Bila pedal ditekan habis di laluan lurus litar Sepang, penghantaran kuasa terasa linear, tanpa lonjakan dramatik yang mengejutkan tayar depan.

Tarikan kekal padu sehingga ke kelajuan tinggi, dan cara enjin berinteraksi dengan transmisi 7-kelajuan DCT rasa lebih matang dan senang dibaca.

 

4

 

Dari segi pengendalian, walaupun tiada perubahan dibuat pada tetapan suspensi, tetapi talaan baru pastinya diperlukan dengan enjin baharu yang lebih berat, dan hasilnya ada sedikit perbezaan dalam body control.

Masuk selekoh dengan agresif tetap terasa stabil, dan rasa terapung ketika menukar arah dengan pantas berkurangan sedikit.

Peningkatan kuasa enjin baharu itu dapat dikawal dengan baik dan memberikan kendalian yang lebih seimbang untu sebuah sedan keluarga.

 

5

 

Akhir sekali, aspek NVH adalah peningkatan paling jelas, sama ada bunyi enjin, bunyi angin atau getaran dalam kabin, semuanya lebih terkawal walaupun dipandu pada kelajuan tinggi.

Pada kelajuan yang sebelum ini mungkin kedengaran sedikit kasar, kini kabin terasa lebih tenang, satu pencapaian penting untuk sedan segmen ini.

 

6

 

Kesimpulannya, Proton S70 MC1 bukan sekadar tambah satu silinder ke enjinperubahan itu mengubah karakter kereta ini dari dalam ke luar.

Lebih senyap, lebih smooth pada RPM rendah, kuasa datang lebih linear dan keseluruhan pemanduan terasa lebih refine.

Selepas satu sesi lenjan penuh di Sepang dan ditambah dengan harga pelancaran yang mantap, jelas bahawa ini bukan sekadar kemas kini kecil, ini versi S70 yang terasa lebih siap, lebih matang, dan lebih meyakinkan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menerusi ruang pameran khas PROTON Intelligent Mobility Zone, pengunjung berpeluang melihat dengan…
Berita Domestik
Menurut PROTON, bantuan tersebut melibatkan pelbagai inisiatif termasuk pembangunan pusat…
Berita Domestik
Sambutan awal yang memberangsangkan itu mencerminkan keyakinan berterusan pengguna Malaysia…