PANDU UJI: PROTON S70 FLAGSHIP X - APA YANG MENARIK PADA KERETA INI ?

oleh Firdaus Razani|
Sejak dilancarkan pada hujung November tahun lalu, Proton terbaharu Proton S70 masih hangat diperkatakan di laman media sosial kerana ramai yang ingin tahu kelebihan model ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti sedia maklum, Proton S70 ini merupakan sebuah sedan kompak yang menggantikan model sedan segmen C, Proton Preve.

Ia menggunakan enjin tiga silinder 1.5 liter turbo dengan kuasa 150hp dan 226 Nm tork yang dipadankan dengan transmisi klac berkembar (DCT) tujuh kelajuan.

 

s70

 

Oleh itu, Careta bersama beberapa rakan media lain diberi peluang oleh PROTON untuk memandu uji dan merasai sendiri pengalaman sedan terbaharu itu.

PROTON menyediakan varian Flagship X untuk Proton S70 pada kami dalam sesi pandu uji itu dan memulakan perjalanan dari Proton Centre of Excellence di Shah Alam menuju ke Batu Ferringhi, Pulau Pinang.

 

s70

 

Berikut merupakan apa yang kami rasa perkara yang menarik pada Proton S70 ini :

1)PENGALAMAN PEMANDUAN

Untuk pengalaman pemanduan, dari segi kawalan kenderaan, memang tidak disangkalkan lagi, itu adalah kepakaran Proton dalam menghasilkan kenderaan yang hebat dari segi kawalan pemanduan.

Ketika memandu Proton S70 ini diatas lebuh raya, sedan baharu ini sememangnya memberi keyakinan yang tinggi, lagi-lagi apabila untuk memotong kenderaan lain dalam halaju yang tinggi.

 

s70

 

Tambahan itu, ketika memandu di laluan yang mencabar seperti jalan bengkang-bengkok, ia turut memberi cengkaman yang hebat dan stabil ketika memandu.

 

s70

 

2)CIRI-CIRI DALAMAN

Selain dari kehebatan prestasinya itu, Proton S70 ini didatangkan dengan beberapa ciri-ciri baharu tidak seperti model Proton siri X yang lain.

Apa yang ketara dapat dilihat adalah, jika anda memasuki S70 ini, anda jangan pelik jika tiada banyak butang kawalan di atas konsol tengah, kerana ia semua telah diminimumkan untuk dimasukkan ke dalam IHU (infotainmen head unit).

 

s70

 

Untuk kawalan ringkas seperti untuk tukar mod pemanduan (Eco, Comfort dan Sport), dan membuka bumbung suria, ia telah dimuatkan semua kawalan tersebut di dalam IHU.

Selain itu, ciri-ciri lain adalah seperti peta navigasi, beberapa aplikasi muzik seperti Spotify dan Syiok, kamera 360 darjah dengan paparan 3d yang mendapat melihat persekitaran kenderaan dan lain-lain lagi.

Walaubagaimanapun, IHU ini masih belum didatangkan lagi dengan sistem Apple Carplay atau Android Auto. Jika ia hadir dengan ciri-ciri ini, pasti ia menjadi kelebihan untuk memiliki kereta ini.

 

s70

 

3)CIRI KESELAMATAN DAN SISTEM BANTUAN

Seperti sedia maklum, Proton S70 hadir dengan ciri keselamatan yang dilengkapkan dengan kehadiran enam beg udara pada semua varian serta sistem bantuan ADAS untuk dua varian tertinggi.

Terdapat 13 komponen dalam sistem bantuan ADAS yang terdapat pada model Proton S70 baharu ini, ianya adalah seperti berikut :


• Brek kecemasan autonomi
• Amaran Pelanggaran hadapan
• Kawalan Jelajah Adaptif dengan fungsi Stop & Go
• Kawalan Jelajah Pintar
• Amaran Keluar Lorong
• Pengelakan Keluar Lorong
• Kawalan Pemusatan Lorong
• Bantuan Informasi Papan Tanda Trafik
• Kawalan Suluhan Tinggi Pintar
• Bantuan Penukaran Lorong
• Amaran Bukaan Pintu
• Amaran Pelanggaran Belakang
• Amaran Lintasan Trafik Belakang

Walaubagaimanapun melalui IHU juga, pemandu boleh menetapkan ciri ADAS mengikut tetapan pemandu kerana kadang-kadang bunyi amaran ciri itu boleh membingitkan suasana.

Tetapi ia bukanlah masalah yang besar, ia diwujudkan kerana untuk keselamatan pemandu serta penumpang, sedikit sebanyak, ia membantu kita untuk sentiasa peka ketika memandu.

 

s70

 

4)PENGALAMAN SEBAGAI PENUMPANG

Itu cerita sebagai pemandu, bagaimanapula jika berada di posisi penumpang, adakah kereta ini berbaloi untuk penumpang ataupun tidak?

Ya, apa yang boleh dikatakan, perasaan ketika berada di dalam kereta ini adalah seperti berada di dalam kereta yang premium.

 

s70

 

Sebagai penumpang yang berketinggian enam kaki, tiada masalah berkaitan dengan ruang apabila duduk di tempat duduk bahagian belakang, ruang pada bahagian kaki dan kepala yang agak selesa.

Tambahan pula di tempat duduk belakang, ia didatangkan dengan perehat tangan yang boleh dilipat, penghawa dingin automatik dan dua slot USB pengecasan, tiada alasan untuk merasa tidak selesa.

 

s70

 

5)PRAKTIKALITI

Bagi perjalanan yang jauh, ia tiada masalah untuk memandu atau duduk di belakang bagi tempoh waktu yang lama, kerana ergonomik kedudukan setiap kerusi adalah selesa dari atas ke bawah.

Selain itu, S70 ini mempunyai ruang kargo sebesar 500 liter, tambahan pula, kerusi tempat duduk belakang boleh dilipat, jadi ia memberi lebih ruang pada but belakang agar boleh masukkan lebih banyak barang.

Secara kesimpulan, Proton S70 ini bakal memberi suatu pengalaman yang baharu kepada pengguna dengan prestasi, praktikaliti, dan ciri-ciri lainnya.

 

s70

 

Harga jualan untuk Proton S70 ini adalah dari RM73,800 (Executive), RM79,800 (Premium), RM89,800 (Flagship) dan varian tertinggi dengan harga RM94,800 (Flagship X).

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Daripada jumlah tersebut, Proton Saga masih lagi kekal sebagai model Proton yang paling laris…
Berita Global
Untuk itu, divisyen R3 Motorsports yang kini berada dibawah naungan Proton Global Services (PGS)…
Berita Domestik
  "Selepas meneraju segmen kenderaan utiliti sukan dengan model seperti Proton X50, X70 dan X90,…