Pandu uji model Renault dan menang iPhone XS!

oleh Mohamad Hanif|
TC Euro Cars (TCEC) hari ini mengumumkan kempen ‘Renault Test Drive Challenge’ yang memberi peluang kepada peserta untuk memenangi sebuah Apple iPhone XS dan pelbagai hadiah menarik yang lain.

Bukan itu sahaja, pelanggan yang membeli sebuah Renault sepanjang tempoh kempen akan membawa pulang hadiah akhir tahun iaitu filem tinted Raytech Solar and Security bernilai sehingga RM1,800.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024


Pemegang francais tunggal kenderaan Renault di Malaysia itu juga melanjutkan promosi hebat ke atas beberapa unit terhad SUV premium Renault Koleos dan crossover urban Captur. 

Melalui kempen ‘Renault Test Drive Challenge’, orang ramai yang memandu uji mana-mana model Renault di bilik pameran layak untuk memenangi salah satu daripada 85 hadiah yang ditawarkan seperti:

  • lima unit Apple iPhones XS,
  • 50 kad hadiah petrol bernilai RM100 setiap satu
  • pek hadiah eksklusif Renault  

Kempen ‘Renault Test Drive Challenge’ bermula dari 7 November hingga 31 Disember 2018 dan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas serta memiliki lesen memandu yang sah. Semua peserta akan menerima satu hadiah istimewa sebaik sahaja selesai sesi pandu uji, sehingga stok masih ada. Mereka juga layak menerima satu penyertaan untuk cabaran tersebut.  

Para pemenang ‘Renault Test Drive Challenge’ akan ditentukan dalam satu cabutan bertuah selepas peraduan tamat. Keputusan bakal diumumkan pada 31 Januari 2019.
 


TCEC turut menawarkan tawaran luar biasa ke atas beberapa unit terhad model Renault Koleos dan Captur seperti berikut: 

  • Renault Captur pra-facelift 2018 (RM89,999)
  • Renault Captur facelift 2018 (RM98,999)
  • Renault Koleos 2WD 2018 (RM169,840)
  • Renault Koleos Signature 2WD 2018 (RM184,888)

Kesemua unit diatas tertakluk kepada pakej servis percuma selama lima tahun, atau jarak perbatuan 100,000 km yang mana terdahulu, termasuklah alat ganti dan kos buruh. 

Pelanggan yang membuat tempahan dalam tempoh kempen akan menikmati hadiah tambahan akhir tahun berupa tinted filem Raytech Solar and Security bernilai sehingga RM1,800.

Kempen akhir tahun ini sah ke atas kenderaan yang didaftarkan mulai 7 November sehingga 31 Disember 2018, sehingga stok masih ada. Semua harga yang dinyatakan adalah di atas jalan, tidak termasuk insurans untuk Semenanjung Malaysia dan pendaftaran peribadi sahaja. 

Semua model utama Renault juga didatangkan dengan jaminan penuh pengeluar selama lima tahun dan perbatuan tanpa had. 
 


Dihasil berasaskan kepada kerjasama di antara TCEC dengan platform perkongsian kereta GoCar Malaysia, ‘Renault Test Drive Challenge’ juga ditawarkan kepada mana-mana pelanggan yang menempah serta memandu Renault Captur daripada GoCar sepanjang tempoh kempen ini berlangsung. 

Untuk menjadikannya lebih menaik, Renault Captur di bawah GoCar kini boleh didapati pada harga promosi iaitu RM109 sehari (harga biasa RM189 sehari) sepanjang tempoh kempen ini. 

Maklumat lanjut mengenai Renault di Malaysia, sila layari
laman web: www.renault.com.my 
atau www.facebook.com/RenaultMalaysia.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini terdapat sebuah lagi versi yang diperkenalkan oleh Alpine, iaitu A110 R Turini sebagai sebuah…
Berita Global
Renault Arkana 2021   Model 2023 membawa identiti visual baharu Renault yang dipanggil …
Berita Global
Menurut sumber yang dipetik oleh Reuters, Nissan sedang menentukan peratusan pegangan di dalam unit…