Pandu Uji: Mercedes-Benz EQC 400 4MATIC vs GLC 300 e Coupe 4MATIC

oleh Mohamad Hanif|
Setakat artikel ini ditulis, penulis yakin sudah ramai golongan yang berkemampuan mula beralih kepada kereta elektrik yang lebih mesra alam dan tidak memerlukan setitik bahan api untuk bergerak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Malah, ada juga yang sudah berani memandu EV mereka untuk perjalanan jauh keluar dari ibu kota untuk urusan perniagaan dan juga urusan peribadi.

Careta berkesempatan untuk menguji model pertama SUV elektrik dari keluarga Mercedes EQ, iaitu Mercedes-Benz EQC, serta sebuah lagi model GLC Coupe versi hibrid untuk dijadikan sebagai perbandingan.

Berikut merupakan input ringkas kami:
 

1. Penampilan

eqc


Orang cakap, rupa paras sesebuah kereta memang memainkan peranan penting.

Dalam perbandingan ini, EQC mewakili bentuk badan SUV yang standard, manakala GLC 300e pula mewakili bentuk badan coupe dengan garis bumbung yang lebih rendah di bahagian belakang.
 

GLC


Atau mungkin ada yang cakap, ia nampak macam sebuah sedan berbentuk serangga yang paling dibenci dengan jarak lega bumi yang ditinggikan.

Pakej AMG Line turut dipadankan pada GLC 300e di mana ia diserikan dengan rim AMG bersaiz 20 inci, kemasan jeriji seakan berlian, dan tip ekzos berkembar yang tidak dihubungkan.
 

EQC


Yang pasti, sebagai sebuah kereta elektrik, EQC boleh dibezakan dengan rekaan yang lebih futuristik di mana terdapat kehadiran jalur LED melintang penuh pada bahagian depan dan belakang, rim aerodinamik AMG 20 inci dan ketiadaan corong ekzos.
 

2. Dimensi dan berat

EQC


Tidak banyak beza ukuran antara kedua-dua SUV ini, memandangkan EQC sememangnya menggunakan asas daripada model GLC.

Malah, jarak antara roda juga adalah sama sepanjang 2,873 mm.

Cuma, berbanding GLC 300 e coupe yang masih mengekalkan enjin pembakaran dalaman, EQC kini dilengkapi dengan trenkuasa elektrik sepenuh masa.
 

EQC


Cuma dari segi penawaran ruang kargo, EQC memiliki ruang yang sedikit kecil (495 liter) jika dibandingkan dengan GLC Coupe (500 liter), dan sebagai perbandingan, GLC standard memiliki ruang kargo sebesar 550 liter.

Antara kelemahan yang wujud pada EQC sebenarnya ialah berat badan melebihi 2 tan, atau 2,175 kg disebabkan oleh penambahan pek bateri yang diposisikan di bawah lantai.

Dengan jisim yang agak berat, ditambah pula dengan jarak lega bumi yang agak rendah, iaitu sekitar 142 mm sahaja, pemanduan di jalan yang banyak bonggol pasti akan menyakitkan jiwa anda.
 

EQC


Membuatkan penulis rasa EQC ini lebih kepada sebuah hatchback yang besar, dan bukannya sebuah SUV.

Untuk pemanduan ke mana sahaja yang lebih menenangkan jiwa tanpa perlu risau tar jalan menggores bawah badan, GLC 300e sudah pastinya lebih dekat di jiwa.
 

3. Pemanduan sifar emisi, atau persis supercar?

EQC


Secara standard, EQC dibekalkan dengan dua motor elektrik yang mampu menjana kuasa setinggi 408 hp dan 760 Nm.

Biarpun dengan berat badan lebih 2 tan, ia langsung tidak menjadikan SUV ini terlalu malas untuk bergerak. Bayangkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.1 saat sahaja? Pantas bukan?
 

EQC


Dengan pek bateri berkapasiti 80 kWh, EQC boleh dipandu sejauh 437 km untuk sekali cas penuh.

Untuk pemanduan melebihi julat tersebut, anda sememangnya perlu merancang perjalanan dengan baik, tidak semua tempat dibekalkan dengan fasiliti pengecasan yang sempurna.
 

GLC


Untuk golongan 'petrolhead' yang masih lagi takut-takut untuk beralih, GLC 300e Coupe 4MATIC ini tidak kurang hebatnya.

Nadi empat silinder sebaris 2.0 liter turbo yang dipadankan dengan motor elektrik itu mampu menghasilkan kuasa keseluruhan setinggi 320 hp dan 700 Nm yang mana anda boleh lenjan semahu-mahunya sepanjang perjalanan.

Dengan adanya sistem plug-in hybrid, GLC 300e ini juga boleh bertindak sebagai sebuah EV dengan jarak gerak yang mampu mencecah sehingga 40 km.
 

PHEV


Mungkin lebih jika anda pandai mengimbangi kuasa persis supercar yang ditawarkan oleh GLC 300e Coupe ini.

Biarpun pecutan 0-100 km/j sedikit lambat berbanding EQC (5.7 saat), akan tetapi berdasarkan pengalaman, penulis mendapati pemanduan GLC 300e Coupe ini telah ditala seakan perangai sebuah supercar tanpa kehadiran sistem ekzos yang bertenaga.  

Kuasa pecutan yang sangat bertenaga yang boleh membuatkan pemandu terkesima, dipadankan pula dengan sistem brek yang progresif dan sentiasa patuh pada arahan pemandu.

 

4. Kekurangan

GLC


GLC 300e Coupe versi CKD ini walaupun wujud pada tahun 2022, ia tidak dapat menidakkan hakikat bahawa casis yang digunakan sudah pun berusia.

Generasi pertama GLC muncul di pasaran global pada tahun 2015 lagi, dan susun atur papan pemuka yang digunakan adalah hampir sama sahaja.
 

GLC


Untuk pasaran tempatan, GLC 300e dibekalkan dengan skrin kluster digital 12.3 inci, skrin infohibur berasingan dengan sokongan operasi MBUX dan sistem audio Burmester yang sangat mesra di telinga.

Untuk kami yang masih belum punya anak, mungkin tiada masalah dengan SUV ini, namun penumpang yang sudah berusia mungkin akan mengalami ketidakselesaan di baris belakang disebabkan oleh dimensi bumbung yang agak rendah.
 

EQC


Bagaimana pula dengan EQC?

Berbanding dengan GLC 300e, EQC memiliki susun atur papan pemuka tipikal Mercedes-Benz masa kini, dengan rekaan yang lebih moden, panel tunggal yang menggandingkan skrin kluster digital dan skrin infohibur, serta elemen warna kuprum yang boleh didapati pada corong pendingin hawa.

Tipikal mana-mana SUV Mercedes, keselesaan menjadi keutamaan.
 

EQC


Cuma, talaan suspensi yang diberikan pada EQC ini adalah terlalu lembut ditambah pula dengan jarak lega bumi yang agak rendah untuk sebuah SUV, ini turut menyumbang kepada aksi tarik muka saat SUV ini bertemu dengan bonggol yang tidak ikut spesifikasi di kawasan luar bandar.

Selain itu, jarak gerak SUV elektrik ini juga banyak bergantung kepada corak pemanduan semasa.
 

EQC


Jika anda banyak bergerak di dalam bandar yang ada kemudahan pengecasan, ia tidak menjadi sebarang masalah memandangkan mana-mana EV diketahui sangat mesra dengan kesesakan trafik yang makin meruncing di ibu kota.

Cuma apabila tergerak hati untuk keluar melakukan perjalanan yang jauh, anda harus tahu apa yang perlu dibuat bagi memastikan SUV elektrik ini terus 'bertenaga'.

 

5. Mana yang harus anda beli?

EQC


Jika anda mempunyai bajet yang mencukupi, tiada salahnya untuk mendapatkan EQC dan GLC 300e sebagai kereta pilihan yang saling lengkap melengkapi.

Satu daripadanya boleh digunakan untuk kegunaan rasmi di dalam bandar, dan sebuah lagi SUV boleh terus digunakan untuk tujuan outstation tanpa perlu risau akan kehadiran penyakit 'range anxiety'.
 

GLC


Mungkin satu hari nanti jika negara kita sudah pun mempunyai infrastruktur pengecasan yang mencukupi, tiada masalah untuk anda terus memandu EQC 400 4MATIC di kemudian hari.

Baca: Mercedes-Benz EQC 400 4MATIC 2022
Baca: Mercedes-Benz GLC 300e 4MATIC Coupe 2022

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Siapa yang tidak kenal dengan SUV Honda CRV yang merupakan SUV terbesar dalam kalangan keluarga SUV…
Telah Diuji
Varian tertinggi terbaharu ini merupakan gabungan trenkuasa hibrid antara petrol dan motor elektrik…
Telah Diuji
Selain daripada jenama automotif Jepun, mereka yang mahukan kelainan boleh mendapatkan SUV jenama…