Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) selaku pengedar kenderaan jenama Mitsubishi di Malaysia berbesar hati mengadakan peraduan 4Sure Best Raya bersempena musim perayaan yang akan menjelang tidak lama lagi.
10 orang pemenang bertuah akan berpeluang untuk makan malam bersama selebriti terkenal, Izzue Islam dan Amyra Rosli.
Untuk menyertai, anda hanya perlu memandu uji mana-mana model Mitsubishi dengan mengisi borang pandu uji dalam talian di laman web http://mitsubishi-motors.com.my/events.
Pihak pengedar Mitsubishi Motors akan menghubungi anda berkenaan tarikh dan masa untuk sesi pandu uji.
Peraduan ini akan bermula sekarang sehingga 2 Jun 2019 nanti dan para pemenang akan diumumkan menerusi laman Facebook rasmi MMM, dan panggilan telefon.
Acara makan malam tersebut akan diadakan pada 22 Jun 2019 manakala lokasinya akan ditentukan kelak.
Menurut Tomoyuki Shinnishi, CEO MMM berkata, "sebagai seorang pelakon dan pemilik trak pikap Triton, Izzue Islam merupakan satu contoh yang terbaik dalam memaparkan kehidupan yang mencabar, keyakinan dalam kerjaya serta memandu Triton dengan seronok.
"Manakala Amyra Rosli pula merupakan seorang yang berorientasikan keluarga, dan menjadikan keselamatan keluarga satu keutamaannya. Ini merupakan satu persamaan dengan Outlander yang menjadikan keselamatan sebagai tunjang utama," tambah beliau lagi.
Selain daripada itu, MMM juga turut mengadakan promosi raya dengan memberikan rebat tunai sehingga RM12,000 bergantung kepada model.
Promosi raya ini akan berakhir pada 30 Jun 2019.
No |
Model/Varian |
Harga atas jalan tanpa insurans (Semenanjung Malaysia) |
Rebat Tunai (RM) |
Jaminan |
1 |
Outlander 2.0L |
137, 888.00 |
6,000 |
Lima tahun waranti/Jarak perbatuan tidak terhad |
2 |
Outlander 2.4L |
152, 888.00 |
6,000 |
|
3 |
ASX 4WD |
133, 336.08 |
12,000 |
|
4 |
ASX 2WD |
118, 866.00 |
8,000 |
|
5 |
Triton VGT Adventure X |
135,200.00 |
6,000 |
Semua Triton didatangkan jaminan lima tahun atau jarak perbatuan 200,000km
|
6 |
Triton VGT AT Premium |
118,600.00 |
6,000 |
|
7 |
Triton VGT AT |
105,990.00 |
6,000 |
|
8 |
Triton VGT MT Premium |
112,500.00 |
6,000 |
|
9 |
Triton VGT MT |
100,200.00 |
6,000 |