Pandu uji: Honda CR-V AWD - cengkaman mantap rasa seperti sedan

oleh Qalif Latif|
Honda CR-V generasi terbaru bukan sekadar evolusi kosmetik. Ia hadir dengan pembaharuan menyeluruh yang menjadikannya antara SUV segmen C paling kompetitif di pasaran Malaysia ketika ini. Saya diberi peluang untuk menguji varian 1.5L V AWD selama dua minggu, dan hasilnya cukup mengagumkan, baik dari segi prestasi, keselesaan mahupun teknologi.

CR-V
Ukuran saiz Honda CR-V V AWD. CR-V AWD mempunyai kadar tinggi (Ground Clearance) 208mm, lebih tinggi berbanding model S, E dan RS 198mm

Walaupun bersaiz besar dengan panjang 4,691 mm dan lebar 1,866 mm, CR-V mudah dikendalikan. Sistem Agile Handle Assist (AHA), suspensi multilink di belakang, serta sistem pacuan semua roda (AWD) menjadikan CR-V lebih lincah daripada yang dijangka. Malah, cengkamannya di selekoh mengingatkan saya kepada sedan sport dengan titik graviti rendah. Sistem stereng Variable Gear Ratio Steering (VGR) pula menjadikan manuver di kawasan sempit seperti parkir bertingkat dan simpang bandar lebih responsif.

CR-V

Meter separuh digital (RPM) dan analog (KM/J), reka bentuk roda steering lebih sporty, ruang pemandu lebih ergonomik pemandu mampu capai butang panel kawalan audio, gear, suhu penghawa dingin dengan mudah. Honda masih mengekalkan butang fizikal mudah dicapai tanpa pemandu perlu melihat apabila mahu mengubah tahap kelajuan dan suhu penghawa dingin.

CR-V

Pemanduan di bandar, kawasan sempit dan kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur mudah dengan CR-V, sensor dan kamera 360 membantu pemanduan, sangat sensitif jika ada objek atau kenderaan rapat dengan CR-V skrin akan beri amaran dan paparkan jarak objek. Lihat Skrin beritahu motosikal dihadapan terlalu rapat dengan CR-V.

Dari segi enjin, CR-V V dikuasakan oleh unit 1.5L VTEC Turbo yang menghasilkan 193 PS dan 243 Nm tork. Padanan bersama transmisi CVT menjadikan penghantaran kuasa lebih linear, sesuai untuk pemanduan harian mahupun ketika mengharungi laluan berbukit. Dari segi pecutan 0–100 km/j, setiap varian CR-V menunjukkan karakter berbeza. Varian asas S mencatatkan 9.7 saat, diikuti varian E pada 9.8 saat. Menariknya, varian V AWD yang lebih berat sedikit mengambil masa sekitar 10.4 saat, manakala varian e:HEV RS yang menggunakan sistem hibrid dua motor mempamerkan pecutan paling agresif dengan hanya 9.0 saat .

CR-V
CR-V Safety
Bahagian keselamatan pula ditangani dengan baik menerusi pakej penuh Honda SENSING. Antara yang ditawarkan termasuklah Adaptive Cruise Control dengan fungsi Low Speed Follow, Lane Keep Assist System, Collision Mitigation Braking System dan Road Departure Mitigation dan lain-lain. Tambahan ciri seperti Honda LaneWatch Camera dan Multi View 360 Camera menjadikan pemanduan di bandar jauh lebih mudah dan selamat. Sistem AWD pada varian ini juga menambah kestabilan ketika memandu dalam hujan lebat atau di laluan licin.

CR-VInfotaiment CR-V menyokong Android AutoTM dan Wireless Apple CarPlayTM, lihat Waze berfungsi di Infotaimen dan meter digital juga paparkan navigasi serentak.

CR-V Meter
Paparan digital meter: Paparan mode pemanduan Econ ON, amaran tali pinggang keselamatan merah tidak gunakan tali pinggang (Pemandu & Penumpang), Sambungan Android AutoTM Honda SENSING, paparan grafik Drive Train, Trek lagu,Driver Attention dengan cara pemanduan CR-V boleh mengesan pemandu sudah hilang tumpuan, purata penggunaan petrol serta baki perjalanan dan baki kilometer perjalanan untuk servis.

CR-V
Apa yang paling menarik adalah pengesan objek yang tertinggal di kerusi penumpang belakang, sensor akan beritahu setelah enjin dimatikan, boleh mengurangkan kebarangkalian tertinggal barang, anak kecil atau binatang peliharaan di dalam CR-V.

CR-V
Apabila masuk ke dalam CR-V dan enjin dihidupkan, paparan pertama infotaiment sebelum disambung ke Wireless Apple CarPlayTM, Android AutoTM dan Bluetooth.

Di dalam, CR-V tampil sebagai sebuah SUV moden yang sarat teknologi. Panel meter TFT bersaiz 7 inci dan sistem Head-Up Display memberikan informasi penting dengan jelas. Paparan infotainmen 9 inci pula menyokong Android AutoTM dan Wireless Apple CarPlayTM tanpa wayar. Sistem audio dengan 8 pembesar suara memberikan pengalaman mendengar muzik yang premium. Tempat duduk balutan kulit dan pencahayaan ambien pula menyerlahkan nuansa eksklusif.

CR-VRuang kargo seluas 589liter dengan tempat duduk posisi tegak, 1,072liter apabila tempat duduk belakang dilipat rata (konfigurasi 60:40).

Praktikaliti harian turut diberi perhatian. Ruang kargo luas dengan tempat duduk belakang boleh dilipat rata, dan fungsi Hands-Free Power Tailgate with Walkaway Close memudahkan pemunggahan barang. Terdapat juga port pengecasan USB-C di bahagian penumpang belakang serta pengecas tanpa wayar di konsol tengah.

CR-V
Selain menyediakan port USB A dan USB C, semua model CR-V generasi terbaru ini tawarkan pengecasan tanpa wayar


Dari segi harga, varian V AWD ditawarkan pada RM181,530 atas jalan tidak termasuk insurans. CR-V di Malaysia turut bersaing dengan SUV segmen C dari Jepun Mazda CX-5, Toyota Corolla Cross dan Nissan X-Trail T32, Nissan di Malaysia masih belum bawa model baru X-Trail T33 lagi saja menjadikan CR-V sebagai pilihan terbaik jika pengguna mahukan kemewahan SUV segmen C dari jenama Jepun. Pastinya nilai terpakai dipasaran Honda CR-V telah membuktikan paling tinggi berbanding jenama SUV yang lain.

CR-VLogo CR-V AWD dibelakang menandakan perbezaan CR-V V dengan varian CR-V yang lain.

Honda CR-V 1.5L V AWD bukan sahaja menawarkan gaya dan keselesaan, malah memberikan rasa pemanduan yang menyeronokkan dan keyakinan luar biasa. Ia SUV ideal untuk mereka yang mahu keseimbangan antara utiliti dan keseronokan memandu tanpa perlu berkompromi pada aspek teknologi dan keselamatan.

Honda CR-V 1.5L turut ditawarkan jaminan 5 tahun dengan kilometer perjalanan tanpa had dan percuma 5 kali servis untuk 100,000km atau 5 tahun. Malah CR-V juga dikategorikan kenderaan jimat tenaga EEV (Energy Efficient Vehicle). Penggunaan Bahan Api (L/100km) untuk CR-V V AWD 7.5, model S dan E 7.0 dan model e:HEV RS 5.0.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Prestasi Jualan Kukuh Dalam Pasaran Kompetitif Prestasi jualan memberangsangkan ini didorong oleh…
Berita Domestik
Pemenang City Hatchback RS: Impian Jadi Kenyataan Mr. Chin Boon Hao dari Perak muncul sebagai…
Informasi
Fokus utama? Elektrifikasi, keselamatan, dan paling penting, mengekalkan “Joy of Driving” atau…