Pandu uji: Civic baharu - sedap sangat ke?

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Honda Malaysia memang sering membuat kejutan, dan di zaman-zaman jualan kereta-kereta dalam segmen C sedang merudum, mereka berjaya mengubah persepsi itu dan menjadikan Civic baharu satu kegilaan ramai. Terus terang kami mengaku, bentuk Civic FC 2016 generasi kesepuluh ini sungguh berani dan kami andaikan mungkin sukar ditelan oleh ramai. Namun nyata kami silap kerana penggemar Civic ialah mereka yang berani untuk berbeza dari yang lain. Honda civic 1.5T 2017 -6 Dan setelah Honda menghasilkan sebuah Civic FB generasi kesembilan yang tidak se-agresif Civic FD generasi kelapan, ramai peminat Honda menantikan sebuah Civic yang akan memberikan revolusi baharu pada nama Civic itu. Careta sudah memandu uji Civic baharu ini di Thailand,  dan kali ini Careta berikan Civic 1.5L Turbo ini kepada pengurus jualan Careta, Salina Jalil untuk beliau mencuba. Salina sebenarnya memandu sebuah Kia Forte Koup dan sudah lama ingin tahu apa yang dihebohkan akan Civic ini. Kami tidak mahu bercerita panjang, dan di bawah ialah apa yang Salina rasakan selepas seminggu hidup bersama Civic 1.5L Turbo. 1. Rekabentuk seksi Semasa perasmian Civic ini, saya rasa bentuknya sedikit pelik, terutama bahagian belakang dengan lampu sepit ketam (ada yang memanggil ia sebagai lobster juga) tetapi bahagian hadapan Civic ini nampak “macho” dan mempunyai sifat kejantanan yang terserlah. Ditambah dengan DRl LED yang agresif, saya memang jatuh hati dengannya! Honda civic 1.5T 2017 -15 2. Ruang kabin segak Pertama kali duduk di dalam kabinnya, saya rasa ia mempunyai rekabentuk yang sangat kemas. Paling penting, ada banyak ruang untuk saya simpan barang-barang seperti Smart Tag, botol-botol air,. henfon, lipstick, compact powder, dompet, duit syiling, charger henfon, eye liner, berus rambut, losyen kulit, dua botol minyak wangi, pengering rambut …. Honda civic 1.5T 2017 -22 3. Butang Push-Start? So what tapi bunyi enjinnya … wow! Oh, ada push-start button tetapi kereta saya sendiri sudah ada. Apa yang seksinya kan? Tetapi bila sahaja enjin itu hidup, terkesima saya dengan bunyi starter motor dan enjin Civic ini. Baharu saya faham kenapa zaman dahulu ada yang menukarkan starter motor kereta mereka kepada jenis Honda. Seksi bunyinya dan memberikan kita semangat untuk terus memandu! Honda civic 1.5T 2017 -17 4. Kuasa turbo itu sungguh, aduh … Sesi pemanduan pertama dengan Civic ini, terus terpaku dengan prestasi enjin turbonya. Saya jarang dapat memandu kenderaan turbo kerana kebanyakan kereta yang menarik akan dipandu uji oleh Boss dan rakan-rakan sepejabat yang lain. Tetapi tidak untuk kali ini! Civic dengan enjin turbonya sangat senyap, sangat lancar dan saya langsung tidak sedar yang saya sedang memecut laju! Transmisi CVT pula yang saya anggapkan lembik rupa-rupanya tidak sama sekali. Tiada langsung terasa seperti transmisi CVT pada Honda City pertama atau pada kereta lain. Ia terasa sangat sporti dan saya boleh menggunakannya untuk memastikan kuasa turbo sentiasa ada selepas keluar dari selekoh tajam. Honda civic 1.5T 2017 -13 5. Kawalan yang jitu Kawalan kenderaan ialah suatu perkara yang saya sukakan dan Civic ini tidak menghampakan. Bahagian ekor ada sedikit liar jika saya menarik stereng ke dalam lagi sewaktu di selekoh tetapi ia mudah untuk dikawal dan sebenarnya, membuatkan saya ketagih kerana terasa ekor itu ke tepi ala-ala drifting. Dan Civic ini masih selesa di jalanraya yang berlubang, contohnya seperti dari Technology Park Bukit Jalil ke Puchong di mana cukai jalan haram diambil kerana jalanraya yang teruk. Honda civic 1.5T 2017 -2 6. Sistem brek meyakinkan Sistem brek atau brake (saya eja “brake” ya Boss, bukan “break”) tidak mempunyai sifat lembut. Ia memberikan kuasa brek sekata dengan daya tekanan pedal brek. Ada kereta yang bila dibrek, terasa tidak begitu kuat dan perlu ditekan jauh ke dalam untuk berhenti. Civic tidak langsung mempunyai ciri itu, dan brek yang bagus ini memberikan saya keyakinan untuk memandu laju. Honda civic 1.5T 2017 -23 7. Terasa seperti OKB (Orang Kaya Baharu) Satu ciri Civic generasi kesepuluh ini yang saya suka ialah gaya kemewahan yang diberikan, walaupun harganya tidak seperti sebuah sedan segmen D. Cukup untuk saya katakan dalam segmen C, Honda Civic ini yang nampak paling mewah dan paling gah! Honda civic 1.5T 2017 -7 8. Bahagian belakang semakin menggodaku Selepas empat hari bergelumang dengan Civic ini, saya semakin merasakan bahagian belakangnya semakin menggiurkan. Benar apa yang ditulis oleh seorang pengarang buku yang saya baca dahulu - semakin lama ditenung, semakin mendalam perasaan cinta itu. Dan tidur ku tidak sah tanpa membayangkan punggungnya. Punggung Civic ya. Honda civic 1.5T 2017 -12 9. Ia masih menjimatkan Terkejut bila saya lihat bar tolok petrol masih banyak selepas saya memandunya selepas beberapa hari. Saya kira, dengan pemanduan agresif saya, pastinya tangki bahan api akan kering kontang tetapi tidak! Boss kata gunakan fungsi Eco Assist untuk menjimatkan lebih banyak bahan api tetapi fungsi itu berbelit. Saya cuma insan marhaen dan jauh dari menjadi pakar teknikal. Saya gunakan Civic ini seperti saya gunakan kereta-kereta yang lain dan yang pasti, Civic ini sangat menjimatkan walaupun enjin turbo. Honda civic 1.5T 2017 -1 10. Civic baharu - satu pakej lengkap Sekali lagi, saya bukanlah pakar teknikal. Saya beli kenderaan kerana ia nampak cantik dan menurut kata rakan-rakan lelaki saya, pembelian cara itu merbahaya kerana ada kereta yang nampak cantik, tetapi pemanduannya seperti sampah masyarakat. Ada juga kereta yang nampak cantik dan sedap dipandu, tetapi kos penyelenggaraan umpama membela tiga orang toy-boy Russia. Untuk Honda Civic ini, saya kira ia sebuah pakej yang sangat lengkap. Dan kajian saya mengenai kos penyelenggaraan Civic 1.5 Turbo ini pula mendapati ia mampu untuk dibela. Kos servis paling tinggi yang disarankan oleh Honda Malaysia untuk 70,000 km pertama ialah dalam lingkungan RM240 (servis 40,000 km). Hmmm … Honda civic 1.5T 2017 -21 Itulah coretan Salina mengenai Civic generasi kesepuluh tersebut. Kali terakhir kami berjumpa dengan beliau, Salina masih merajuk kerana kami terpaksa memaksa beliau untuk memulangkan kembali Civic itu. Harga Honda Civic 1.5L Turbo ialah dari RM127,800 bagi varian 1.5TC dan RM135,800 untuk varian 1.5TC-P (premium, seperti yang diuji oleh Salina). Untuk Civic 1.8L bukan turbo, harganya bermula dari RM113,800. [gallery columns="2" size="medium" ids="27587,27588,27592,27593,27594,27595,27589,27596,27590"]