Pandu pulang Renault Captur bermula dari RM57 sehari

oleh Mohamad Hanif|
TC Euro Cars menawarkan pakej langganan percubaan Renault (Renault Subscription Trial Package) kepada para pelanggan yang ingin memiliki Renault Captur dengan bayaran serendah RM57 sehari selama tujuh hari.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bagi mereka yang berminat, anda hanya perlu melalui proses pendaftaran mudah dan membayar wang pendahuluan RM399 tanpa sebarang had perbatuan dan deposit sekuriti. 

Di akhir tempoh tujuh hari tersebut, pelanggan boleh memilih untuk terus memandu Renault Captur idaman hati dengan memilih Renault Subscription Fixed atau Switch Plans. 
 


Sepanjang tempoh langganan ini, para pelanggan boleh menikmati pengalaman pemilikan yang bebas daripada tempoh pinjaman yang lama dan kemungkinan susut nilai kenderaan yang cepat. 

Kos bulanan yang perlu dibayar adalah termasuk dengan cukai jalan, insurans dan kos penyelenggaraan tanpa perlu terikat dengan bayaran muka dan kadar faedah yang biasanya dikaitkan dengan pinjaman sewa beli. 
 


Menurut CEO TC Euro Cars, Wong Hoe Mun berkata, "pakej baharu Subscription Trial ini membolehkan pelanggan menguji pandu Renault Captur selama satu minggu untuk merasai sendiri pengalaman pemanduan tanpa sebarang gangguan. Dalam masa yang sama, ia juga turut memberikan pengalaman betapa mudahnya program yang ditawarkan oleh kami.

Renault Subscription Trial Package hanya terdapat di kawasan Sentral Semenanjung Malaysia terlebih dahulu dan ia adalah berdasarkan prinsip siapa cepat dia dapat. 
 


Untuk mencuba sendiri Renault Subscription Trial Package, anda boleh mendaftarkan minat menerusi Renault E-Store di https://www.renault.com.my/deals-news#SubscriptionTrialPlan atau menerusi talian 1800-18-8663. 

Salinan IC atau pasport diperlukan bersama-sama dengan salinan lesen memandu dan butiran kad kredit, manakala tempoh kelulusan pula akan mengambil masa dalam 24 jam.