Pandu pulang model EV terkini dengan langganan GoCar Subs

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Peneraju platform perkhidmatan mobiliti, GoCar kini telah menambah barisan model kereta elektrik (EV) terkini ke dalam rangkaian GoCar Subs Electric, bersama pilihan pelan langganan secara mingguan dan bulanan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Penambahan model EV baharu dan pelan langganan itu bakal memudahkan dan menjadikannya lebih mampu milik buat pelanggan di Malaysia untuk merasai dan menikmati pengalaman dengan model EV yang berbeza.

Penawaran baharu itu selari dengan usaha berterusan GoCar untuk meningkatkan akses dan kebolehdapatan kenderaan elektrik (EV) kepada orang ramai.

 

2

 

Antara rangkaian model EV yang tersedia dalam GoCar Subs Electric ialah Nissan Leaf, Renault Zoe baharu, Hyundai Kona EV, Hyundai Ioniq 5, GWM Ora Good Cat, Electric MINI dan Tesla Model Y.

Melalui pelan langganan mingguan dan bulanan yang lebih pendek, pelanggan boleh mencuba rangkaian model EV yang kini ada dijual di Malaysia.

Kadar langganan bermula dari RM120 sehari untuk pelan bulanan dan RM171 sehari bagi pelan mingguan, dimana kadar dikira berdasarkan yuran langganan masing-masing dan Penepian Kerosakan Perlanggaran (CDW) mandatori.

Berikut merupakan kadar langganan mingguan dan bulanan GoCar Subs Electric:

 

2
* Deposit sekuriti diperlukan.

 

Bagi pelanggan yang berminat untuk melanggan barisan EV dalam GoCar Subs Electric, anda hanya melakukan beberapa langkah mudah.

Daftar satu akaun GoCar Subs menerusi aplikasi mudah alih GoCar atau laman web GoCar Subs, kemudian anda hanya perlu pilih model EV yang diinginkan.

EV akan disediakan dalam tempoh 14 hari (bergantung kepada kebolehdapatan) sebaik sahaja bayaran dibuat yang merangkumi yuran langganan dan deposit sekuriti.

 

3

 

Kini ditawarkan di kawasan Lembah Klang untuk semua model, pelanggan juga akan diberi bersama kad chargEV bagi memudahkan urusan pengecasan.

Untuk melihat dan melanggan pilihan EV yang tersedia, anda boleh layari laman web GoCar Subs Electric Garage.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tambahan itu, usaha sama tersebut telah hadir menerusi satu kerjasama di antara GoCar dan bahagian…
Berita Domestik
Kempen tersebut akan berlangsung sehingga 29 Februari 2024 dengan tema “Joyful Journeys: Drive into…
Berita Domestik
Tawaran GoValet percuma itu akan tersedia untuk pelanggan di sekitar Lembah Klang, Penang dan Johor…