Pandu perlahan juga boleh mengundang maut!

oleh Mohamad Hanif|
Tahukah anda, selain daripada pemanduan yang melulu di atas jalan raya, pemandu yang memandu dengan perlahan macam mencari rumah sewa juga sebenarnya merupakan punca utama kadar kematian yang semakin meningkat saban tahun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut data daripada Department of Transport UK yang diterbitkan oleh Daily Star, tahun lalu terdapat 26 kes kecederaan dan dua orang maut disebabkan pemanduan perlahan. 

Manakala lebih daripada 132 orang mengalami kecederaan ringan akibat punca yang sama. 

Difahamkan, perangai pemandu yang gemar memandu di bawah paras kelajuan normal akan mengakibatkan perbuatan mengekor, aksi memotong secara berbahaya, kesesakan lalu lintas dan juga amukan jalanan. 

Menurut undang-undang lalu lintas di UK, pemandu yang memandu di bawah had laju minimum boleh dikenakan denda sehingga £100 (RM540*) jika sabit kesalahan dan demerit tiga mata kepada lesen memandu. 

Menurut Hugh Bladon, salah seorang pengasas Alliance of British Drivers berkata, "pemanduan perlahan secara asasnya merupakan perbuatan pentingkan diri dan bodoh!

"Ia sebenarnya mampu mendatangkan kemarahan di kalangan pemandu dan pengguna jalan raya yang lain, sehingga menyebabkan aksi memotong yang lebih berbahaya. 

*mengikut kadar pertukaran mata wang semasa

Sumber: Daily Star menerusi CarScoops
 

janganlah jadi macam Jeremy Clarkson