Pandu Myvi secara melulu, pelakon sambilan ditahan polis

oleh Mohamad Hanif|
Seorang selebriti berusia 30 tahun ditahan selepas tindakannya memandu kereta secara melulu sehingga menyebabkan seorang penumpang wanita tercampak keluar dari kenderaan itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kejadian yang berlaku di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Hulu Kelang jam 5.30 petang itu turut membabitkan dua kenderaan lain.

Sebelum ini, tular video di media sosial yang memaparkan sebuah Perodua Myvi yang dipandu secara melulu dan menukar lorong secara zigzag sebelum hilang kawalan.

Menurut laporan Harian Metro, tindakan lelaki yang juga pelakon sambilan itu menyebabkan kereta itu terlanggar sebuah MPV Toyota Innova.

Penumpang hadapan yang juga kekasihnya dilapor tercampak keluar dan mengalami kecederaan ringan.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by careta (@careta_malaysia)


Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, "Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku akibat kecuaian pemandu Perodua Myvi yang memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan.

"Difahamkan ketika kejadian, lelaki itu bertengkar dengan kekasihnya yang juga penumpang wanita yang tercampak dalam kejadian itu," katanya.

Beliau berkata, pemandu kedua-dua kenderaan itu sudah tampil membuat laporan, hari ini.

"Pemandu Myvi itu ditahan untuk siasatan lanjut. Permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Pencegahan Jenayah (KPJ) akan dipohon, esok.

"Hasil ujian awal air kencing dilakukan terhadap suspek berkenaan didapati negatif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, Inspektor Nur Nadzirah Abdul Rahim di talian 012-4401093 bagi membantu siasatan," katanya.

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai…
Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…