Pandu Mercedes bapa untuk hadiri ujian memandu, remaja ditahan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari JPJ
'Lagak' pandu Mercedes A250 untuk hadiri ujian memandu di sebuah institut di Shah Alam mengundang padah selepas ditahan gara-gara tiada lesen, pada Rabu.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan berkata, remaja berusia 18 tahun itu hadir ke institut memandu untuk ujian lesen.

Kata Azrin, bagaimanapun, Unit Peronda Bermotosikal (UPB) JPJ Negeri Selangor yang sedang melaksanakan Ops Hari Raya Aidiladha (HRAA) telah menahan kenderaan tersebut.

"Pemeriksaan lanjut mendapati remaja itu tidak memiliki lesen memandu dan semasa ditahan, dia hendak menghadiri ujian memandu di sebuah institut memandu.

"Saman telah dikeluarkan serta kenderaan juga telah disita dan dibawa balik ke JPJ Shah Alam untuk tindakan selanjutnya," katanya pada Jumaat.

Beliau berkata, soal siasat awal remaja itu mendakwa dia diminta bapanya untuk hadir sendiri ke institut memandu terbabit.

Dalam pada itu, kata Azrin, Ops HRAA 2024 ini dilaksanakan bermula pada 10 sehingga 30 Jun di seluruh Selangor.

Ujarnya, selain daripada penguatkuasaan, JPJ Selangor turut menjalankan advokasi keselamatan dan khidmat nasihat berkenaan pemakaian topi keledar terutama kepentingan pemakaian topi keledar untuk kanak-kanak.

"Sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada [email protected] atau melalui platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta butiran pengadu dan butiran aduan," ujarnya.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Setakat hari ini (Rabu), kita telah buat pemeriksaan terhadap 90,280 kenderaan dan mengeluarkan…
Berita Domestik
"Kalau kita tengok tadi, ada sebuah kenderaan Honda City yang ditahan, hasil siasatan mendapati dia…
Berita Domestik
"Dalam pemeriksaan di Taman Arowana, JPJ menyita sebuah lori dipandu lelaki Pakistan malah dia…