Pandu melulu - pemandu Myvi biru ditahan polis!

oleh Mohamad Hanif|
Polis menahan seorang penjawat awam lelaki yang memandu secara berbahaya dan melanggar beberapa buah kenderaan di Jalan Pudu, di sini, pada Jumaat.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya, kejadian yang melibatkan petugas Jabatan Pengangkutan Awam (JPJ) itu berlaku pada jam 4.50 petang.

“Menurut saksi, seorang penghantar makanan Grab yang turut merakam kejadian, suspek yang berusia 25 tahun telah menolak keluar mangsa, seorang orang kelainan upaya (OKU), daripada kereta, melalui pintu depan kiri.

“Selepas itu, saksi bertindak mengejar suspek dan mengarahkan untuk memberhentikan kenderaan. Namun, tidak diendahkan suspek.

“Ketika melarikan diri, suspek telah melanggar empat buah kenderaan sepanjang Jalan Pudu. Dia telah diberkas oleh orang awam di Jalan Brunei Utara pada 5.20 petang,” kata Zulkefly dalam satu kenyataan malam tadi.

Video suspek melarikan diri dengan kereta jenis Perodua Myvi berwarna biru turut tular di media sosial pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Zulkefly berkata, anggota polis MPV 124 telah membawa suspek ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut.

“Setakat ini, kes masih dalam siasatan tentang kejadian sebenar OKU itu ditolak daripada keretanya.

“Kesemua pemandu kenderaan yang dilanggar suspek tidak mengalami sebarang kecederaan namun suspek mengalami kecederaan di kepala,” jelasnya

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Astro Awani

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Informasi
  Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Sufian Mohd Lis berkata, lapan anggota bersama sebuah…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, ketika…
Berita Domestik
Menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi, “Berdasarkan TTA yang dikeluarkan,…