Pandu melulu, pemandu Alphard direman tiga hari

oleh Mohamad Hanif|
Seorang pemandu Toyota Alphard yang dipercayai memandu secara berbahaya di lebuhraya Kuala Lumpur-Karak direman tiga hari bagi membantu siasatan polis.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, lelaki berusia 43 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam untuk permohonan reman pada Isnin.

"Suspek direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga Rabu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Pada Ahad, media melaporkan, polis telah menahan seorang pemandu Toyota Alphard yang dipercayai memandu secara berbahaya seperti dipaparkan dalam sebuah video yang tular di media sosial.

Lelaki itu ditahan di perkarangan Bahagian Siasatan dan Perundangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak pada jam 2 petang.

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menerusi kenyataan sebelum ini memaklumkan, video berkenaan memaparkan sebuah kenderaan jenis Toyota Alphard warna putih dipandu secara berbahaya dengan memotong di lorong kecemasan serta melakukan provokasi kepada pengguna jalan raya lain.

Sumber: Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebanyak 31 kenderaan terlibat dalam kejadian terbabit di Kilometer 84.5 (arah timur, Karak-…
Berita Domestik
Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan berkata, Lemon Law bukan suatu akta baharu dan telah…
Berita Domestik
Menerusi hantaran di laman Facebook, Ahmad Syafiee berkata, jeritan sayup yang semakin kuat…