Pandu lawan arus: Pemandu wanita dihukum penjara lima tahun dan didenda RM18,000

oleh SALINA JALIL|
Seorang model sambilan dihukum penjara lima tahun dan denda RM18,000 kerana didapati bersalah memandu melawan arus hingga menyebabkan kematian seorang juruteknik kilang dalam kemalangan tiga tahun lalu.


Tertuduh, Ng Pei Ven, 22, menangis sambil memandang ibunya ketika Majistret Sri Pracha Nanthini Balabedha menjatuhkan hukuman berkenaan terhadapnya di mahkamah Bukit Mertajam semalam (Isnin).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Majistret Sri Pracha Nanthini menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

 

Mahkamah turut memerintahkan remaja itu dihukum penjara 24 bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda dikenakan.

 

Mahkamah turut membatalkan lesen memandu percubaan tertuduh serta tertuduh turut hilang kelayakan untuk memohon lesen kenderaan selama lima tahun daripada tarikh sabitan.

 

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sementara rayuan terhadap keputusan hari ini didengar di Mahkamah Tinggi dan menaikkan jaminan RM5,000 lagi menjadi RM12,000 daripada RM7,000 sebelum ini.

 

Pada 24 Mac 2017, Ng mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian Mohamad Fandi Rosli, 26, di Lebuhraya Utara Selatan, arah utara pada 7.50 pagi, 14 Mac 2017.

 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM20,000.

 

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari manakala Ng diwakili peguam Lim Boon Beng.

 

Dalam kejadian pada 14 Mac 2017, Mohamad Fandi maut selepas kereta Perodua Kelisa yang dipandunya bertembung dengan kereta yang dipandu Ng secara melawan arus.

 

Kemalangan jam 7.50 pagi itu berlaku di Kilometer 134 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Permatang Pauh.

 

Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumahnya di Sungai Petani, Kedah.

 

Akibat pertembungan itu menyebabkan mangsa tersepit dan mengalami kecederaan parah lalu meninggal dunia di tempat kejadian.

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya mengesan satu video…
Berita Domestik
  "Kira-kira jam 12 tengah hari tadi, polis mendapati satu video yang berdurasi 1 minit 30 saat…