Pandu lawan arus, pemandu Triton disah positif dadah

oleh Mohamad Hanif|
Pemandu pacuan empat roda yang melawan arus sehingga menyebabkan dua maut di Kilometer 8.5 dan 8.6 Lebuhraya Persekutuan dari arah Klang ke Kuala Lumpur, kira-kira jam 1.30 pagi tadi, disahkan positif dadah.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, hasil saringan awal ujian urin ke atas pemandu yang berusia 24 tahun itu mendapati suspek positif ganja.

"Suspek dibawa polis dari tempat kejadian ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam untuk tindakan lanjut, kemudian dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman.

"Mahkamah Majistret Shah Alam membenarkan reman ke atas suspek selama enam hari bermula hari ini sehingga 17 September ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baharudin berkata, siasatan awal mendapati Mitsubishi Triton yang dipandu suspek secara melawan arus itu datang dari Kuala Lumpur ke Klang sebelum bertembung Proton Wira dari Klang ke Kuala Lumpur.

"Dua mangsa yang maut ialah pemandu wanita berumur 18 tahun dan penumpang lelaki berumur 19 tahun.

"Kedua-dua mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat.

"Setakat ini, kemungkinan mangsa adalah rakan kerana waris juga tidak dapat beri pengesahan. "Kedua-dua mangsa dari arah Klang dan polis tidak pasti ke mana tujuan mangsa," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau merbahaya.

"Saksi yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami di talian 01131215697," katanya.

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow, berkata lelaki berusia 39 tahun itu ditahan…
Berita Global
  Mereka kemudiannya terkejut apabila mendapati pemandu kereta berkenaan merupakan seorang kanak-…
Informasi
Padah memandu dalam keadaan mabuk, seorang wanita dijatuhkan hukuman penjara 10 hari dan denda RM1,…