Pandu lawan arus, pemandu Triton berdepan hukuman gantung

oleh Mohamad Hanif|
Seorang eksekutif pemasaran yang memandu melawan arus sehingga mengakibatkan dua remaja terkorban di Kilometer 8.6 Lebuh Raya Persekutuan Ahad lalu bakal berdepan hukuman lebih berat.

Ini susulan polis telah mengklasifikasikan semula kes mengikut 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Sebelum ini, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahaya.

Mengikut seksyen itu hanya memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000.
 

triton


Terdahulu, suspek berusia 24 tahun itu hadir ke Mahkamah Majistret Shah Alam pukul 9.20 pagi untuk proses lanjutan reman selepas reman enam harinya berkaitan Seksyen 41 (1) APJ 1987 berakhir hari ini.

Timbalan Pendaftar Norliza Hussin membenarkan lanjutan reman tiga hari selepas membenarkan permohonan daripada Polis Diraja Malaysia.

Peguam Ravi Nekoo dan Peguam R. Thanuja mewakili suspek tersebut.

Difahamkan suspek mempunyai 20 rekod saman lampau sebelum ini termasuk memandu laju dan melanggar lampu isyarat.

Terdahulu, laporan media menyebut dua remaja iaitu, Nur Afiqah Abdul Karim, 18, dan Muhammad Hafiz Syami Dzul Asri, 19, maut selepas kereta jenis Proton Wira Aeroback bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang dipandu melawan arus di Kilometer 8.6 Lebuh Raya Persekutuan, Ahad lalu.

Hasil ujian air kencing mendapati pemandu Mitsubishi Triton itu positif ganja.

Sumber: Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Global
Menerusi rakaman video, Daniel Bassett dikesan memandu sebuah Lexus IS generasi pertama sebelum…
Berita Domestik
Mohamad Hanif bin Md Nor telah dinobatkan sebagai juara pemandu trak dari ASAC Logistic Sdn Bhd…
Berita Domestik
  Pemandu lori, Moritin Bulahong, 25, bagaimanapun terselamat, namun mengalami kecederaan parah di…