Pandu lawan arus - Pemandu Myvi disaman selepas video tular

oleh Penyumbang Rencana|
Polis mengeluarkan saman terhadap pemandu kereta Perodua Myvi selepas video yang memaparkan pemanduannya secara lawan arus, tular di media sosial.

Video yang berdurasi selama 31 saat itu dirakam menerusi kamera papan pemuka (dash cam) sebuah kenderaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, terdahulu video berkenaan dikesan pihaknya pada Rabu di aplikasi X.

“Kejadian didapati berlaku jam 10.50 malam pada Ahad lalu di Jalan Masjid Negeri, di Georgetown.

“Didapati sebuah kereta dirakam dipandu secara melawan arus di laluan berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, pada Khamis.

Mengulas lanjut Abdul Rozak berkata, siasatan mendapati kereta berkenaan didaftarkan atas nama wanita warga tempatan berusia 32 tahun yang berasal dari Nilai, Negeri Sembilan dan semasa kejadian, kereta terbabit dipandu suaminya.

“Dia mendakwa baharu sahaja bekerja di Pulau Pinang dan tidak mahir dengan jalanraya di sini.

“Semasa kejadian, pemandu itu tidak sengaja masuk ke laluan bertentangan di Jalan Masjid Negeri,” katanya lagi.

Menurut Abdul Rozak, tindakan saman trafik sudah diambil terhadap pemandu kereta itu mengikut Peraturan 6(1) Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku sekitar jam 1 pagi apabila suspek memandu kenderaan…
Berita Domestik
Beliau berkata, wanita berasal dari Selangor itu mengaku memandu melawan arus dengan alasan tidak…
Informasi
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, siasatan awal mendapati mangsa…