Pandu lawan arus - Pemandu e-hailing beri alasan jalan gelap

oleh Penyumbang Rencana|
foto Harian Metro
Seorang pemandu e-hailing memberi alasan jalan gelap dan tidak perasan memasuki ke laluan bertentangan menyebabkan dia memandu secara melawan arus di Jalan Langkasuka, Larkin di Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya mengesan satu rakaman video papan pemuka kereta yang tular di media sosial berhubung insiden itu pada jam 2 petang Khamis.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku jam 11.46 malam pada 24 Ogos lalu.

“Pada jam 4.20 pagi tadi, pihak polis berjaya mengesan pemandu kereta yang juga warga tempatan berusia lingkungan 50-an.

“Pemandu itu mengaku memandu kenderaan pada hari kejadian dengan cara memotong garisan berkembar. Dia juga mendakwa pencahayaan gelap di kawasan kejadian dan tidak perasaan memasuki lorong bertentangan.

“Pemandu itu hanya sedar apabila kereta berhadapan memberikan lampu tinggi kepadanya,” katanya dalam kenyataan hari Jumaat.

Raub berkata saman sudah dikeluarkan kepada pemandu terbabit jam 7.19 pagi tadi kerana tidak mematuhi arahan trafik di bawah (079 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, sebuah video berdurasi seminit memaparkan tindakan pemandu kereta jenis Myvi terpaksa memberhentikan kenderaan seketika di bahu jalan kerana pemandu kerana kereta Proton Saga terbabit memandu di laluannya.

 

BuletinTV3

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Berdasarkan rakaman video itu menunjukkan kereta tersebut dipandu melawan arus dari arah Teluk…
Berita Domestik
Menurut siaran media Ketua Polis Daerah Shah Alam, Toyota Prius yang dipandu oleh lelaki berusia 74…
Berita Domestik
Hukuman tersebut dikenakan setelah suspek mengaku bersalah di Mahkamah Trafik Jalan Duta di bawah…