Pandu lawan arus, lelaki maut dilanggar pemandu mabuk

oleh Mohamad Hanif|
Seorang lelaki maut dalam nahas jalan raya ketika dalam perjalanan untuk bertugas syif malam di Jalan Pintasan Kuantan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata, polis menerima maklumat dari orang awam mengenai seorang mangsa yang dipercayai dilanggar oleh seorang pemandu yang di bawah pengaruh alkohol serta memandu melawan arus pada kira-kira jam 9.38 malam.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila pemandu kereta jenis Toyota CHR yang datang dari arah Semambu itu telah memasuki jalan menghala ke pelabuhan secara melawan arus.

Ia turut dipandu secara merbahaya dan telah mengakibat beberapa kenderaan lain mengalami kemalangan kerana mengelak dari bertembung, katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat manakala suspek yang cedera di bahagian kaki turut dihantar ke hospital yang sama bagi menerima rawatan lanjut.
Polis telah menahan suspek untuk direman.

Kes disiasat mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu dalam pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian.

Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Michigan State Police, lelaki tersebut ditahan kerana membuat panggilan palsu yang mendakwa…
Berita Domestik
Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang itu, pemandu yang berusia 41 tahun itu disyaki memandu lori…
Berita Global
  Beliau kemudiannya mengelak pendakwa raya dan akhirnya melarikan diri dari Thailand dengan jet…