Pandu laju lebih 400 km/j di Autobahn, pemandu Bugatti Chiron berdepan penjara dua tahun

oleh Mohamad Hanif|
Autobahn merupakan jaringan lebuh raya di Jerman di mana sesetengah seksyen tidak mempunyai sekatan had kelajuan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, jika anda didapati memuat naik video pemanduan melebihi had laju, ia bakal menjadi bukti kukuh yang mampu menjerat diri sendiri.

Di Jerman, seorang pemilik Bugatti Chiron Radim Passer bakal berdepan dengan hukuman penjara dua tahun kerana memandu pada kelajuan 417 km/j di Autobahn.

Passer didapati merekodkan pemanduan Chiron pada musim panas yang lalu di lebuh raya terkenal itu, dan beliau mendakwa telah mengambil langkah yang berhati-hati sewaktu melakukan aksi tersebut.
 


Namun, pihak kementerian pengangkutan Jerman pada awal bulan lalu mengkritik aksi berani mati itu dan mereka menolak sebarang kelakuan di atas jalan raya yang mampu mendatangkan bahaya kepada pengguna lain.

"Hanya kerana lebuh raya itu tidak mempunyai had kelajuan, ia tidak bermakna pemandu bebas untuk melakukan apa jua perbuatan yang mereka mahukan. Undang-undang menetapkan semua pengguna jalan raya untuk hanya memandu pantas jika kenderaan berada di bawah kawalan secara konsisten.

Sebelum ini, timbul ura-ura untuk mengenakan had laju terhadap laluan tersebut bagi membantu mengurangkan kesan rumah hijau selain membantu Jerman mencapai sasaran pelepasan emisi yang ditetapkan oleh EU.

Baca: Sekatan had laju di Autobahn timbul lagi

Baca: Bugatti Chiron guna 100 penderia sukat kelajuan 440 km/j

Baca: Rahsia di sebalik kelajuan 440 km/j Bugatti Chiron Super Sport

Berita Berkenaan

Berita Global
Bercakap kepada media Jerman, Menteri Pengangkutan Volker Wissing menjelaskan langkah…
Berita Global
Pegawai polis yang sedang memandu kereta peronda di A70 Autobahn menyedari bahawa seorang lelaki di…
Berita Global
Sistem yang lebih dikenali sebagai Drive Pilot itu boleh didapati di Jerman bermula 17 Mei ini…