Pandu Impreza lebih halaju, lesen warga emas digantung enam bulan

oleh Mohamad Hanif|
Seorang warga emas di Australia telah didenda sebanyak AUD$1,418 serta lesen memandu digantung selama enam bulan akibat memandu melebihi halaju di kawasan had kelajuan 100 km/j.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dalam kejadian hari Rabu jam 2.45 petang waktu tempatan itu, pasukan peronda South Australia Police berjaya menahan lelaki berusia 80 tahun itu di dalam sebuah Subaru Impreza WRX generasi pertama selepas mendapati lelaki itu memandu sepantas 182 km/j melebihi had laju yang ditetapkan di kawasan tersebut.

Lesen memandu lelaki tersebut digantung selama enam bulan, selain dikenakan denda berjumlah AUD $1,814 (RM5,515 mengikut kadar pertukaran matawang semasa).

Menurut pasukan polis, tindakan lelaki amatlah membimbangkan memandangkan kawasan itu kerap berlaku kemalangan maut.

Untuk tahun ini sahaja, sebanyak 64 kes kematian dicatatkan di South Australia, peningkatan sebanyak 12 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.


Sumber: Drive

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Namun bagi pemilik mata-mata yang tajam, tekaan anda tepat. Ia sebenarnya merupakan sebuah Subaru…
Berita Global
Versi yang paling 'hardcore' sudah pasti Impreza dua pintu 22B STi dengan harga yang tidak murah,…