Pandu di lorong kecemasan, pemandu Myvi merah ditahan

oleh Mohamad Hanif|
Seorang pemandu Perodua Myvi ditahan kerana disyaki memandu secara melulu di lorong kecemasan di Kilometer 27 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di sini, semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow, berkata lelaki berusia 39 tahun itu ditahan jam 7 malam tadi oleh anggota dari Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang kelmarin.

"Polis mengesan satu video tular yang dimuat naik di Facebook oleh Azrai Zulkefeli yang memaparkan sebuah kenderaan bernombor pendaftaran JKW261 jenis Perodua Myvi memandu secara melulu di lorong kecemasan."

Suspek yang bekerja sebagai penyelia itu dipercayai secara sengaja memandu secara melulu di lorong kecemasan berkenaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Pengguna jalan raya diminta supaya mematuhi peraturan dan undang-undang bagi memastikan pengguna lain selamat dan kemalangan dapat dielakkan. Tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pihak yang dikesan sengaja melanggar undang-undang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video berdurasi 34 saat memaparkan sebuah kereta Myvi berwarna merah yang cuba memotong sebuah lori treler di laluan kecemasan dan hampir berlaku kemalangan antara dua kenderaan itu.

Ketika kejadian turut berlaku kesesakan jalan raya di kawasan berkenaan.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, hasil saringan awal…
Berita Global
  Mereka kemudiannya terkejut apabila mendapati pemandu kereta berkenaan merupakan seorang kanak-…
Informasi
Padah memandu dalam keadaan mabuk, seorang wanita dijatuhkan hukuman penjara 10 hari dan denda RM1,…