Pandu di bawah pengaruh alkohol: Tujuh lelaki didenda RM4,500 setiap seorang

oleh SALINA JALIL|
Tujuh lelaki masing-masing didenda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret Batu Pahat, semalam selepas mengaku bersalah memandu kereta di bawah pengaruh alkohol pada Februari lalu.

Kesemua tertuduh ialah Liew Zi Huang, 29; Teo Thien Ming, 33; Ng Ser Hui, 37; Lee Chee Kiong, 51; Ling Haw Ping, 57; Siow Yang Kuan, 58, dan Koh Swee Kiat, 66.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Mereka membuat pengakuan berkenaan selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Syafiq Mustaza.

 

Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka didakwa memandu kereta dengan kepekatan alkohol melebihi had ditetapkan di Kilometer 3 Jalan Kluang, Batu Pahat pada 16 Februari lalu.

 

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 serta boleh dipenjarakan tidak melebihi 12 bulan.

 

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nur Afiqah Radhiah Zainurin, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Tan Song Yan.

 

Pihak pendakwaan turut memohon mahkamah menjatuhkan hukuman sewajarnya kepada semua tertuduh terbabit.

 

Mohd Syafiq kemudian menjatuhkan hukuman denda RM4,500 terhadap semua tertuduh atau dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

 

Kesemua tertuduh kemudian membayar denda terbabit.

 

 

 

HM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Di bawah akta baharu itu menyaksikan lapan lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 25 hingga…
Informasi
Lebih mengejutkan, itu hanya statistik untuk tempoh enam bulan pertama bermula Januari hingga Jun…
Berita Domestik
  Tertuduh, Radin Esin, 39, yang bertugas di Kor Rejimen Semboyan Tentera Darat, Kem Kukusan,…